say it if you never say it to her
aku tak pasti kenapa
mungkin sebab lama sangat duduk rumah
aku jadi teroverdose manja dengan mama
hari hari kalau boleh aku nak cakap i love you
mama dari malu nak bagi reply
sampai da kering hati je jawab, i love you too
>.<
aku tak boleh duduk diam sebelah mama
mesti rasa nak peluk la
nak lentuk kepala la
nak usik pipi la
sampai stress orang tua tu
mungkin aku takut aku tak sempat nak buat semua tu nanti
aku tak perasan pula start bila aku buat semua ni
tapi, sejak salah seorang kawan aku kehilangan mak dia
[alfatihah]
benda tu macam terkesan dekat aku
aku jadi takut
if one day
i'll wake up to realize that i cant do those thing anymore
sama macam ramadhan tahun ni
aku bukannya jenis rajin nak pergi terawikh kat surau pun
tapi kadang kadang hati ni cair je bila dengar mama ajak
selalu je cakap taknak pergi
bwahahahahaha!
tapi bila mama jeling je
terus setuju nak pergi
lagipun, aku tak nak,
nanti kerana aku, mama tak pergi terawih
mana tahu, ini ramadhan yang terakhir
No comments:
Post a Comment