August 03, 2011

cara cara nak bagi ibu anda menggelabah

pastikan situasi anda adalah sesuai
dan tiada objek tajam disekitar

pastikan juga
ibu anda dalam keadaan lalok mengantuk
atau dia tidur tidur ayam

paling penting
pastikan ibu anda tidak melatah

situasi paling sesuai adalah di dalam bilik

anda perlu berada disebelah
atau berdekatan dengan ibu anda


luangkan masa duduk lepak dengan ibu anda
anda duduk diam main game
atau baca buku
atau apa sahaja
yang boleh menggalakkan situasi
senyap sepi
dan menambah kemengantukan ibu anda

kemudian bila ibu anda di ambang kekalahan bertarung dengan mengantuk
anda pura pura gelabah

kalau anda mahu ibu anda gelabah lebih,
tambah sound effect atau gegar gegar katil

bila ibu anda tanya
"kenapa?! kenapa?!"

anda keluar dengan segera
sambil berkata
"sakit perut. nak berak."

mesti ibu anda tak sampai hati nak cubit anda

No comments: