July 06, 2011

my own reality show


aku teringin nak ada rancangan sendiri. maksudnya ada orang yang rakam apa yang aku buat hari hari. kehkehkeh. angan angan kau memang melampau! tapi seronok apa. ada orang rakam apa aktiviti harian kau, apa kau makan, apa kau buat, lepas tu simpan buat kenangan. bila dah tua tua, boleh tunjuk kat cucu betapa tegangnya kulit aku masa muda.

tapi yang pasti, aku memang malas nak rakam diri sendiri sebab ofcos la aku bajet cantik kalau rakam sendiri. aku edit part part yang ada gambar aku cantik je. mana buruk semua aku delete. woah! seronoknya kalau life pun macam tu. boleh delete part yang kita tak suka.


reality is, yang buruk atau yang hodoh tu la sebenarnya yang menjadikan jalan cerita hidup kita seronok. macam gambar kita pakai baju yang kita koyak koyakkan dari surat khabar masa kecik lepas tu kita pakai. kita marah, kita malu, kita merajuk dengan orang yang tangkap gambar kita tu. bila kita tengok balik gambar tu 15 tahun kemudian, kita rasa itu adalah sangat kelakar dan tak sangka itu adalah kita. hey, itu aku! haha. tapi aku dah tak jumpa gambar tu.


maybe aku patut kongsi sikit gambar aku masa kecik dengan korang. kan? ;)

1 comment:

Hadiran Nibum said...

share jgn tak share.