July 19, 2011

my dream wedding dress

beta kena tag by namivamp!! hehe. sebelum ni pernah buat post pasal wedding theme. school theme. but hey, berangan tak guna duit. ;)
semalaman aku duk fikir apa wedding dress yang boleh menjadi idaman.



oh, saya sangat suka warna merah!! sangat sangat sangat suka! apa sahaja yang berkait dengan merah mesti akan jadi pilihan.


untuk my wedding dress, aku suka kolar tinggi yang ala ala dracula tu. suka weyh! dari dulu suka kolar tu. kalau boleh nak macam ni. haaa~ tapi dekat kolar tu nk ada renda renda sikit. alaa~ kalau korang tengok sekarang ni pun dah ada orang design dah baju ni.

dan aku suka skirt kembang kembang sikit. gambar yang dekat atas ni, bahagian bawah kiri tu, itu baju persalinan. hehehe. dah kawen, mesti la rasa macam nak menari kan? [angan angan kau tak boleh blah]

kasut mesti merah juga. confirm kalau lembu nampak kena kejar ni. dan rambut nak yang macam gambar atas kasut tu.

lagi satu, aku nak wedding dress yang bertemakan clown. ohhhh~ suka! suka! suka! sebab majlis perkahwinan aku memang dah confirm takde pelamin. aku tak suka pelamin sebab dia membataskan aku dengan tetamu. kalau boleh aku nak jadi penyambut tetamu. senang. semua orang boleh bergambar dengan aku.

ini wedding dress yang lagi satu! hehehe. jangan takut pula datang majlis perkahwinan aku nanti

well, kita kahwin sekali seumur hidup. [aku memang harapkan sekali je la] why not do something yang people takkan boleh lupa dan kita juga takkan boleh lupa. tak payah na duduk atas pelamin dan senyum dan lambai dan hey, tak bosan ke duduk atas pelamin?



saya nak tag...........


buat , jangan tak buat. ;)


**oh, korang boleh tengok wedding dress idaman mereka ini juga.

8 comments:

namivamp said...

your post is made my day la kiki.laughable dan susah nak lupakan.haha

kiki said...

kikikiki~ suka yg clown lettewww~

Hadiran Nibum said...

disebabkan kau nak jadi penyambut tetamu n amik gambar, aku tak sabar nak g wedding kau. btw. aku pun tak suka duduk atas pelamin gak wey. busannn.. hehhehe.

kiki said...

@Nadirah Abdul Mubin kekekeke. ye la tu. silalah tunggu. hahahahaha

Ken Wooi said...

the 1st dress is nice :)

kiki said...

@ken thank you! >.<

. said...

suka clown!!!aku nak pakai costume elmo la..HAHAH..

kiki said...

@zieka elmo? *sedang membayangkan* spray satu badan merah. perghh!! gila kentang! lepas tu membayangkan @ayu pakai costume hello kitty pula. O.O

oke. nanti kita kena set satu hari pergi kelas kita semua main cosplay.