apa yang seronoknya blackberry playbook? ini yang aku nak cerita. sebelum ni aku dah cerita yang aku dapat invitation dari nuffnang, macam mana aku pergi ke sana dan aktiviti sepanjang program kan? kali ni aku nak cerita pasal maxis blackberry playbook tu.
bila organizer bagi je blackberry playbook tu satu meja satu, aku dah gopoh, excited macam orang kampung baru pertama kali nampak barang elektronik. rasa macam nak gigit je playbook tu nak test kuat ke tak. [sebenarnya geram sebab excited sangat nak sentuh playbook] benda pertama yang aku nampak bila playbook tu sampai adalah warna pada lcd dia, sangat sharp! seriously, warna dia sangat terang. kau gerak la playbook tu arah mana pun, warna dia akan kekal macam tu. even kalau ada silau, kau masih boleh nampak skrin dia.
saiz dia 7', agak kecil tapi sangat convenient. boleh masuk dalam purse even though dia tak sekecil handphone, tapi masih lagi boleh diselitkan dalam beg. dan memang masa tu rasa macam nak seludup keluar je playbook tu. untung la dia bagi satu table satu, ada lagi tiga pasang mata yang juga mempunyai niat yang sama.
tiba tiba playbook tu terpadam skrin. aku dan lagi tiga orang manusia, jen, jess dan amy semua cuba nak open skrin tu. memandangkan tak ada langsung button dekat skrin tu, semua orang dah macam blur. bila semua orang dah touch touch skrin tu banyak kali, [ye, skrin tu tak lembut dan kalau banyak tangan pun tak hang or stuck] baru la skrin tu menyala balik. rupanya ada button dekat tepi untuk on off dan sound control. kesalahan dimaafkan memandangkan tak ada seorang pun yang pernah ada playbook.
then, kami bermasalah untuk keluar dan tutup aplikasi. there is no button on the screen. mana nak tekan ni weyh? untung la aku dah survey dekat bawah tadi dan orang tu dah tunjukkan caranya. mari kawan kawan, saya ajar kamu pula cara nak keluar dan tutup aplikasi. masa tengah main game, tiba tiba korang sakit perut nak ke tandas dan tak nak orang sambung main permainan korang, caranya macam ni, just slidekan jari dari bawah skrin terus ke tengah skrin. tadaa!! kita dah keluar dari aplikasi! excited tak? excited tak? bila dah keluar, kita nak tutup pula aplikasi tu. kita slide jari dari tengah [pada aplikasi] terus ke atas. tadaa!! kita dah keluar aplikasi. suka tak? suka tak? huhu. aku suka nak tutup aplikasi tu sebab rasa macam kita buang aplikasi tu keluar dari playbook.
mr. eric wakil dari RIM (blackberry developer) cabar kami untuk buka sebanyak mungkin aplikasi yang ada. semua tangan terus je laju touch semua aplikasi. video, browser, picture, notes, apa sahaja yang ada. langsung tak hang atau stuck atau slow.
then, mr eric bagitahu yang RIM ada membeli company lain untuk hanya untuk develop playbook ni. antara yang berubah untuk blackberry playbook ini adalah operating system (OS) dia. playbook menggunakan OS yang dipanggil QNX. no wonder la dia tak hang walaupun banyak tangan yang sentuh. nak tahu satu benda? QNX system ini adalah lebih powerful dari apple's iOS dan google's android system. tak percaya? cuba sendiri la tengok!
dengan operating system yang baru, akan ada lebih banyak aplikasi yang akan di develop. sebelum ni korang kutuk kan yang blackberry ni hanya untuk golongan korporat dan games pun tak banyak. lepas ni, blackberry akan kalahkan semua handphone yang lain. jangan kata angry bird, angry cat, angry bear dan segala jenis angry semua ada. ni yang angry nih! >.<
lagi benda yang menarik, kamera blackberry playbook ni boleh buat HD video. walaweyh!! cantik la pulak kan video dia!! geram! geram! lepas tu boleh buat video chat. mama! nak satu!!! T___T
ingat tak yang aku kata masa program, kitorang ada buat perlawanan game untuk menang hadiah? game yang aku main adalah game need for speed. game need for speed ni game lumba kereta dan kau kawal sepenuhnya dengan pergerakan playbook tu. kalau nak belok kiri, kau kena gerakkan playbook tu ke kiri macam stereng kereta dan juga sebaliknya. weyh!!! game tu tak sangkut walaupun sikit! pergerakan dia pun lancar je. *masih lagi terbayang bayang tangan pegang playbook main game*
banyak lagi aku nak cerita ni. [kuat pula ingatan kau kiki pasal playbook ni?] ahaa~ mesti la aku ingat sebab aku suka. kehkehkeh. blackberry playbook ni boleh disambungkan pada tv dan handphone blackberry. kalau nak sambungkan playbook ke tv, boleh gunakan hdmi cable. kalau nak sambungkan handphone blackberry ke playbook, boleh gunakan blackberry bridge iaitu menggunakan sambungan bluetooth. apa sahaja email, bbm, calender, contacts, tasks, memos boleh digunakan pada playbook pula. apa? takut info korang orang lain boleh baca bila guna playbook? tak tak tak. jangan risau. segala info kau yang masuk dalam playbook akan di encrypted. oh! oh! kalau sambung pada tv, kau boleh main game dekat tv. yeay!
the best thing is, kalau blackberry torch aku tu berpasangan dengan blackberry playbook tu, mesti dia akan jadi pasangan yang paling idealkan? boleh ikatkan dengan blackberry bridge. oohhhh~ ♥.♥
mesti korang perasan kenapa aku tak bagi explained dalam bentuk point point? ahaa~ sebab korang boleh baca point point saiz, berat, memory, package dia dekat website maxis. ataupun korang dah boleh baca sendiri dekat website blackberry. ini hanya pendapat dari aku, seorang tester playbook. aha~ comelnya nama jawatan aku.
bagi pihak maxis juga ada menyediakan aplikasi khas untuk pemilik blackberry playbook yang menggunakan packages dari maxis. buat masa sekarang mereka menyediakan 6 aplikasi khas, iaitu
- maxis wifi
- untuk akses wifi maxis menggunakan package harian, mingguan dan bulanan. [comelnya maxis ada wifi]
- currency converter
- ini untuk orang yang suka travel. senangkan ada converter dalam poket. cara nak guna pun senang. masukkan jumlah duit dan covert! kekeke~
- translator
- ini pun nak kena terangkan ke? ini untuk translate bahasa la. hehe. senang kalau nak pergi korea nanti. eh? korea? >.<
- finder 301
- haa~ finder 301 ni best. kalau korang nak cari tempat makan best, hotel ke, atau tempat tempat yang menarik keliling korang, finder 301 ni akan detect lokasi korang dan dia akan bagitau tempat menarik yang terdekat korang boleh pergi.
- formula1
- ini untuk orang yang follow berita pasal formula1 la. aku? ermmm~
- maxis movie
- mesti la untuk tahu movie apa yang paling latest dan best.
lastly, blackberry tak boleh jailbreak. mula mula aku kecewa juga sebab tak boleh jailbreak. then mr eric explain, mereka tak benarkan jailbreak sebab hormatkan privasi pelanggan dan juga pemilik aplikasi. betul la tu! benda ni membuatkan aku terfikir yang kalau boleh jailbreak alat elektronik tu, maknanya dia boleh jailbreak informasi pemilik jugak. omg! untung la aku pakai blackberry. kekeke~
No comments:
Post a Comment