pernah tak korang terfikir yang semalam, hari ini dan esok adalah hari yang sama?
yang membezakannya adalah tarikh, hari
dan tindakbalas manusia yang berbeza pada setiap harinya
kalau hari dan tarikh tak wujud
mungkin ia adalah hari yang sama?
pernah cuba mengulangi hari semalam?
aku pernah
tapi, kita dikurniakan memori
memori yang mengingatkan kita apa yang kita telah lakukan
kalau memori itu tak wujud, mungkinkah kita mengulangi semula perbuatan kita?
kemudian tindak balas dari sistem badan yang menunjukkan yang kita membesar
kiraan usia menunjukkan tempoh hidup kita dari dilahirkan sehingga sekarang
atau mungkin sehingga mati
pernah melalui dejavu?
mungkinkah kita pernah pergi ke masa depan semasa kita tidur
dan bila terjaga, kita kembali semula ke badan yang asal?
ada masanya aku terbayangkan yang bila aku tidur
segala yang ada disekeliling aku berubah
dan semua ini hanya lakonan drama seharian
dan bila bangun, segalanya kembali seperti sedia kala
masa kecik, aku selalu fikirkan segala benda yang orang dewasa tidak pernah hiraukan
mungkin sebab ketika itu kita takde kerja nak buat
tak ada benda penting untuk difikirkan
bila dewasa, banyak benda yang perlu difikirkan
kemudian kita lupa apa yang kita pernah fikir, rancang, imaginasi dan sifat semasa kecil
dan semakin dewasa, kita semakin pentingkan diri
dan mereka namakan itu survival
survival untuk hidup
aku juga
semakin dewasa
sifat sifat dewasa
juga kini wujud dalam diri aku
benda benda kecil atau pemikiran yang mereka katakan tidak matang itu mula menipis
suka mula dipanggil cinta
proses buat anak kini dipanggil seks
tak ada lagi ejek mengejek
imaginasi mula hilang
yang wujud hanya tekanan
mana mungkin kita kembali
No comments:
Post a Comment