bukan aku nak kata perempuan itu tak setia
perempuan miliki 9 nafsu
yang ada masanya mudah tergoda
dan tertipu dengan pandangan nafsu
kerana itu mereka perlukan seorang lelaki untuk melindungi mereka
dia pernah suruh aku berjanji yang aku takkan curang
aku tak pasti kenapa aku tak yakin pada diri sendiri
aku sangat yakin pada dia
bukan kerana aku cintakan dia sepenuhnya
tapi masa sudah membuktikan segalanya
dia kekal di situ menunggu aku
menunggu aku menghulurkan kembali tangan yang aku pernah cuba hulurkan dulu
mungkin kerana itu aku tak yakin pada diri sendiri
aku tak yakin yang aku mampu jadi seperti dia
menunggu aku bertahun lamanya
aku kekasih pertama dia
sedangkan dia kekasih yang entah ke berapa dalam hidup aku
mampu ke aku?
mama selalu pesan
sayangi orang yang sayangkan kita
dari kebanyakan lelaki yang pernah wujud dalm hidup aku
hanya dia seorang yang melimpahkan sayang dia
terlalu banyak
sampai aku dah tak nampak lelaki lain
kenapa aku cakap macam tu?
sebab aku pernah berada dalam pelbagai jenis hubungan
aku tahu
aku dah rasa
aku dah lalui
gerak hati aku bila bersama seseorang lelaki
adalah gerak hati lelaki itu kepada aku
aku pernah berada dalam satu hubungan
yang membuatkan aku nampak semua lelaki lain lebih hensem dari si dia
dan aku mahu bersama lelaki lain berbanding si dia
rupanya aku bukan pilihan hati dia
kerana dia nampak perempuan lain lebih cantik dari aku
dan dia mahu bersama mereka
bukan aku
aku pernah berada dalam satu hubungan
di mana aku terlalu ramai skandal di belakang
aku curang
rupanya dia pun sama
dia juga memiliki ramai skandal dibelakang aku
aku juga pernah berada dalam satu hubungan
aku tak rasa sayang atau apa sahaja jenis perasaan pada dia
aku bersama kerana aku tak mahu sendiri
dia juga sama
kerana dia tak mahu sendiri
dan gerak hati aku ni bukan sekali
banyak kali
sebanyak mana hubungan aku
kerana itu aku percaya pada gerak hati aku
bila aku bersama dia
aku masih nampak lelaki lain lebih hensem
tetapi aku tak ada langsung keinginan untuk bersama mereka
langsung tiada
pelik bagi seorang manusia bernama noor aqilah
dari situ aku tahu
hati dia hanya milik aku
bila kau tahu kau memiliki hati seseorang yang sudi menerima buruk dan baik kau
kau akan gembira
kau mahu kongsikan pada seluruh dunia
dan pada yang sama kau rasa takut
takut pada kehilangan dia
takut yang kau takkan jumpa hati yang sama
bila sesetangah lelaki datang
meluah rasa
aku cuba rasa apa yang mereka rasa
aku tahu sedalam mana sayang mereka
sayang mereka berada di tahap normal
sayang yang andai aku tinggalkan mereka
hati mereka masih boleh hidup
mereka masih boleh mencari pasangan lain
kerana mereka normal
normal untuk tidak mahu hidup sendiri
tetapi bukan dia
aku tahu kerana aku pernah tinggalkan dia
aku tahu kerana aku pernah menguji dia
aku tahu kerana ujian yang aku beri pada dia bukan ujian yang lelaki biasa boleh lalui
aku tahu kerana ramai lelaki berhenti separuh jalan
aku tahu kerana aku pernah curang
aku tahu kerana aku pernah lakukan apa yang orang biasa tidak lakukan
aku tahu kerana aku pernah menangis bersama dia
aku tahu kerana setelah sekian lama, dia masih disitu berdiri utuh
berdiri dan menunggu
tetapi aku masih belum dimiliki sepenuhnya

kerana segalanya mungkin
pelik
kerana aku dan dia bukan dari dunia yang sama
2 comments:
kak kila! sgt tersentuh bace! :')
hehe. tq.
Post a Comment