aku dalam proses mencari kasut baru. hampir setahun aku tak bershopping membeli kasut baru. aku pakai apa yang ada je. tiba tiba semalam mama offer nak belanja kasut baru. seronok kau nak menghabiskan duit mama. itupun dia offer lepas 5 jam aku teman dia shopping keliling sacc mall. dia segan la tu aku tak minta apa apa.
aku nak ubah taste. dah taknak lagi pakai selipar jamban yang tebal tapak tu. selesa memang selesa tapi rasa macam tak proper pula pergi merata pakai selipar jamban. [2 tahun pakai baru kau sedar sekarang?] aku nak cuba pakai kasut ballerina yang macam mama selalu beli tu. tapi semua design aku tak suka sebab macam terlalu ladies. aku ni dah la ada masanya ganas pakai kasut.
kebetulan singgah kedai kasut bata. aku jarang suka design kasut kasut dekat bata ni. yang brand comfit semua style makcik makcik. yang brand marie claire pula terlalu ladies. mak aih, tinggi tinggi pula tu tumitnya. [padahal kau suka je kasut tumit tinggi sampai 5 inci dulu =.="]
kemudian aku ternampak kasut brand north star. aku rasa aku dah jatuh cinta!
kasut putih dengan rekabentuk ballerina tetapi mempunyai tapak yang sporty sangat sesuai dengan impian aku yang mahu pergi berjoging suatu hari nanti. oh kasut! kau sangat cantik.
"kak, saya nak cuba kasut ni." sambil pandang muka kakak promoter tu dengan penuh harapan. [bajet sangat la kau adik. padahal sama baya kot.]
"kasut ni dah takde saiz 6," kata kakak promoter itu sambil memandang aku tanpa perasaan bersalah.
aku.rasa.seperti.dunia.aku.hancur!!!!!!!!!! kasut!!!!!! kenapa kau sanggup mengecewakan aku begini!!!!!
habis semua kasut brand north star aku cuba. mana yang aku suka je, semua habis saiz. kenapa ni? kenapa ni? mama pandang aku dengan muka kesian. nak pujuk la tu. tapi maaf mama, anakmu ini sedang dilanda kecewa putus bercinta. biarkan diriku ini sendiri.
keluar je dari kedai bata, terus teman mama shopping lagi. tak habis habis shopping orang tua ni. mana dapat duit pun aku tak tau. semalam berjaya jual dadah kanabis la tu. itu yang tiba tiba banyak duit. aku pula terus masuk kedai vincci. mencari pengganti kasut yang aku tak dapat tadi. takde. aku kecewa lagi.
mama terus pujuk konon nak belikan aku baju baru. tidak mama, anak mu ini tidak akan berjaya dipujuk dengan baju baru. [tapi sempat juga la aku tengok tengok baju mana yang aku minat.]
singgah kompleks, terus pergi kedai kasut bata lagi. semua dah takde size. balik rumah dengan kecewa.
mesti korang rasa, kenapa aku tak beli je kasut apa yang ada padahal bukan duit aku pun. kan? bukan aku taknak, aku susah kalau dah suka kat satu kasut tu, kasut tu juga yang aku nak. kalau takde, aku taknak kasut lain dah.
hari ni keluar lagi teman mama pergi nagoya beli kain. sambil sambil tu cari lagi kasut tu. semua kedai kasut kat alam sentral ni aku dah masuk. sampai kedai bata seksyen 18 dan kedai bata ole ole mall aku pergi. semua kedai kasut dekat seksyen 18 la aku pergi. semua takde. aku kecewa weyh!! cari gambar kasut tu online takde pula. menyesal tak tangkap gambar kasut tu. mana tau boleh tanya tanya kat orang ke.
kedai kasut bata ada kat mana lagi weyh? aku nak cari kasut tu juga. kasut brand north star memang hanya jual dekat kedai bata je eyh?
![]() |
masih menanti kasut itu menjadi milik aku |
1 comment:
comel! nak kasut kaki kucing tu
Post a Comment