kenapa aku tak kerja? dah cari. sedang menunggu offer. tapi macam tak ada. lagipun, aku memang lagi suka duduk rumah. ohhh~ sangat manjanya diri saya.
kenapa susah sangat nak tinggalkan rumah? semua yang aku perlukan ada disini. komputer di depan mata, mama dan abah ada depan mata, makanan ada dalam peti ais, tandas ada di sebelah, katil ada depan mata, tv ada depan mata, semuanya ada. ohhh~ kadang kadang geram juga dengan diri sendiri. sangat berat langkah ni nak tinggalkan rumah dan menghadapi cuaca malaysia yang sangat panas itu.
![]() |
aku search hot, aku dapat banyak gambar mamat hot. apa ni? |
aku suka sendiri. kalau korang pernah tahu, fobia aku adalah manusia. dulu aku pernah muntah di shopping complex kerana mabuk bila tengok terlalu ramai manusia dalam shopping complex. tapi sekarang aku dah kuat sedikit dan aku suka pergi shopping complex. cuma aku tak boleh selalu.
dan mungkin kerana aku sudah terbiasa sendiri dari kecil.
**walaupun di tengah ramai aku masih rasa sendiri.
No comments:
Post a Comment