sedar tak sedar aku sudah berada di penghujung semester. dua minggu lepas, aku mula lost dalam dunia aku. aku mula hilang segala idea dan semangat untuk membuat assignment. encik hati memang dari awal aku tahu dia sibuk bekerja. tinggal aku sendiri lost tanpa sesiapa. ya, mungkin ada parents dan tuhan dan bukan aku tidak berkongsi cerita dengan mereka cuma ada satu peringkat, kau tetap akan rasa sunyi. kau mahukan seseorang yang akan sentiasa di sisi yang tahu kerja kau. yang faham kerja kau. yang boleh memberi pendapat berlandaskan benda yang yang belajar.
mulalah episod aku mengganggu kawan kawan aku di facebook. menggunakan chat facebook, aku mula ganggu orang orang yang bagi aku ada bakat seni dan kerja selalu siap. mungkin dengan cara itu, aku akan ada semangat nak buat kerja bila tahu orang lain dah buat kerja. aku tak berani nak chat dengan orang yang lain. aku takut aku bertambah lost bila tahu yang orang berkenaan tak buat kerja dan aku pun ambil ringan. tau tau je orang berkenaan dah siap kerja. tak ke naya kau?
tapi aktiviti aku tu cuma dapat membantu sikit je. sikit yang amat. aku still lost.
final submission aku tinggal seminggu je lagi. aku takut, aku cuak, aku rasa nak menangis. aku tak dapat buat assignment. aku tak dapat fokus. aku jadi semakin tak keruan.
sampai la member kelas aku buat keputusan nak datang rumah aku dan nak buat assignment sama sama dengan aku. aku rasa macam hadiah dari tuhan. bila dia datang dan buat segala assignment dengan aku, terus aku dapat semangat. terus segala idea datang mencurah curah. mungkin dia tak tahu. tapi aku sangat berterima kasih dengan kehadiran dia.
mungkin aku dah biasa sendirian dalam rumah, aku terasa janggal bila ada orang lain dalam rumah. tapi aku tak kisah semua itu asalkan kerja aku dapat disiapkan. terima kasih tuhan.
mungkin aku patut duduk menyewa untuk semester depan.
No comments:
Post a Comment