April 10, 2011

bunga masih dipanggil bunga walaupun ia sudah mati

sesetengah orang kita judge dia berdasarkan rupa tetapi kebanyakan orang kita judge dia pada sikap atau perangai. kalau muka kau cantik, tapi perangai buruk, orang akan berkawan kau kerana rupa sahaja. apa jadi bila kau dah tak cantik? kau ingat kawan kawan kau tu nak lagi berkawan dengan kau? kecuali mereka yang berhati mulia sahaja yang akan masih kekal kawan dengan kau. lepas tu kau nak kata bila susah baru kau tahu siapa kawan dan siapa lawan. sedangkan, kau sendiri tak layan kawan kau macam manusia.

mama selalu kata, hati seseorang itu boleh nampak dari muka. hati yang baik yang tenang, kau akan tahu dari raut wajah dia. kau akan rasa tenang bila pandang. hati yang busuk atau ada hasad dengki, kau boleh nampak dari raut wajah dia walau semanis mana pun senyuman dia. tak percaya? kau boleh cuba sendiri. kau pandang cermin.
have u been naughty or nice?

No comments: