March 21, 2011

Port Dickson

aku punya perangai pun macam cilaka kan? yang sedih sedih aku cerita yang happy aku tak cerita langsung. haha. enough.

baru baru ni aku pergi port dickson sempena hari keluarga aku. pergi port dickson tapi jalan jalan kat melaka. macam mana tu? tak kisah la. yang penting semua ahli terpengaruh dengan cerita aku yang jonker walk tu best! memang best weyh! lebih lebih lagi bila pergi dengan banker bergerak. laju je aku pilih barang. haha.

aku suka tak nak kongsi gambar dah kat sini. bukan aku taknak kongsi. lately aku cepat letih. jadi bila nak masukkan gambar je, terus aku rasa lemah satu badan. mata kebil kebil minta di tutup. tangan lemah lemah minta dibaringkan. kaki lenguh lenguh minta diurut. segala penyakit malas tiba tiba muncul.

pergi port dickson bajet nak mandi laut. tapi encik asfa kata ada buaya. maka, dengan kuasa bulan akan menghukum mu! oke. tak tak. aku tak main main dah. maka, aku pun yang kebetulan tak bawa seluar mandi, segera cakap tak nak mandi laut. tiba tiba semua pun tak nak mandi laut atas beberapa alasan yang lain. jadi, ini la kali pertama pergi port dickson tak mandi laut.

itu je aku nak cakap. tengah tunggu ruang masa nak edit video kedah dengan port dickson.




[aku rasa aku dah keliling satu malaysia dalam masa dua bulan je. =.="]

2 comments:

Asfa said...

Betul la... dia duduk kat semak-semak.

kiki said...

hahaha~ yela2. caye je. XP