March 12, 2011

jangan dirisau tentang diri ini

sekarang aku berada di sebelah atok. diam. dia pandang aku. aku senyum. dah tua dah atok. rasa macam baru je semalam atok bacakan doa selamat pada hari jadi aku yang ke 14.

mungkin kesan dari ubat tahan sakit dan effect dari bius, atok mengigau. kebanyakannya, dia mengigau pasal makanan. atok sebenarnya baru lepas buat operation buang ketumbuhan dalam usus. doktor buang sejengkal usus atok. termasuk hari ini, dah 4 hari atok tak dapat makan. cuma semalam baru atok dapat minum. itupun sikit.

tengok kesan operation atok. diam. mungkin ini antara ujian untuk atok. sabar tau atok. atok strong!

tadi atok tibatiba tanya aku, nak atok cium pipi? aku senyum. sebelum tu, lama atok perhatikan aku sampai aku termalu sendiri. mungkin dia pun rindu nak jumpa anak cucu dia. tapi hanya aku yang ada sekarang ni sebelah dia. yang lain semua sibuk. abah dan mama pergi solat. wan kat rumah. abah tak bagi wan jaga waktu malam sebab darah tinggi dia naik bila duduk dalam aircond. semalam sampai nampak urat hijau kat tangan wan. nanti tak pasalpasal duadua terlantar kat hospital nanti.

atok dah tidur. ini satusatunya atok aku. hanya tinggal satu untuk dijaga. sakit atok tak teruk sangat. alhamdulillah. doktor pun kata respond atok tak merisaukan. segalanya oke. syukur.

tadi atok mengigau pasal calon suami. mungkin dia nak pesan kat aku tu. bila dia buka mata, memang dia sebut benda yang sama dekat aku. betul la tu. atok kata, jangan cari calon yang merokok. sekotak dah sepuluh ringgit, kalau dua kotak dah berapa? nanti bila takde duit, habis anak bini kena jual, kena pukul. kemudian dia macam pesan ke pihak lelaki pula. mungkin dia bayangkan calon suami aku ada kat sebelah. atok kata, jangan pukul isteri. walaupun atok dah ada tiga isteri, atok tak pernah pukul satu pun. kalau rasa marah sangat, pergi jauh. bila dah tenang, tegur isteri tu elokelok.

insyallah atok. nanti akan orang sampaikan pada bakal suami orang ye?

semua ni membuatkan aku terfikir. bila aku dah tua nanti, siapa yang akan jaga aku? orang kata, apa sahaja perbuatan kita ada balasannya. cuma aku berharap, bila aku dah tua nanti, ada orang yang sudi nak jaga aku. sesiapa sahaja. masa hadapan kita tak tahu. mungkin aku tak ada anak, mungkin aku ada anak tapi situasi ketika itu tidak membenarkan. kita tak tahu. hanya tuhan yang tahu.

No comments: