March 17, 2011

ini empat hari

kelmarin. [sebelum semalam dipanggil kelmarin kan?] aku submit enam painting. ENAM! anda faham enam? diulangi. enam painting. beserta satu report yang sangat menduga nafsu tidur aku. dah la aku baru balik dari kedah teman atuk aku tidur. . . .fine! teman atuk aku kat hospital. sampai je rumah, aku blur tahap cipan bila buka facebook je, semua orang update status pasal painting. aku pun macam . . . ermm . . . korang buat apa ni? painting. oke. *muka keliru*

[sabtu malam ahad] bajet balik dari kedah aku nak terus mulakan kerja kerja menyemakkan bilik. tapi kaki aku macam cramp sebab drive straight dari alor setar ke shah alam. ini baru second time aku drive jauh. first time dulu dari pekan, pahang sampai shah alam. saya mengikut nasihat dengan terus tidur selepas update status kat facebook.

[ahad jam 12 malam] waktu sebenar aku memulakan kerja menyepahkan bilik. saya anak yang baik. suka buat kerja last minit. *buat muka comel* tapi itupun baru siap dua painting. dan ouh! aku baru teringat, tambahan satu kerja painting saiz a2. wow! saya anak yang sungguh rajin. yeay! *tumbuk bantal rama rama*

[isnin jam 8 petang] cubaan pertama menyiapkan lebihan empat painting. *berangan* [jam 12 malam] mula aktiviti memaki dalam facebook. dalam10 minit dah puas hati, baru mulakan aktiviti menyepahkan bilik sambil jerit jerit sebab barang semua hilang dalam imaginasi. waktu ni aku rasa seperti berada di alam fantasi kerana kelihatan semua barang terbang seperti burung merak.

[selasa jam 8 pagi] pergi kelas. hanya sempat siapkan lima painting je. redha sambil pandang muka pensyarah yang hensem. tapi . . . bila dia buka mulut je, terasa macam nak terjun bangunan.

[jam 2 petang] kelas seni islam dalam sejarah. hanya sembilan orang sahaja yang hadir. itupun lima orang buat presentation. tapi, sepanjang kelas, ada juga yang baru hadir. tiga orang. je.

[jam 4 petang] main bowling! yeay! *head banging* aku kalah bowling. yeay! *head to the wall banging*

[jam 8.30 malam] tidur~♥ *alarm jam pukul 9 malam*

[rabu jam 5.30 pagi] terbangun. aku tak dengar alarm langsung. fine. cubaan pertama siapkan typo. *tutup mata*

[rabu jam 9 pagi] *tersedar* kelas?! oke bye. datang minggu depan je la. aku terus siapkan sketch typo.

[jam 3 petang] jumpa pensyarah yang hensem juga. [kenapa la pensyarah ni hensem hensem.] sengih sambil tunjukkan sketch typo. dia tanya kenapa aku tak datang minggu lepas. dalam hati rasa macam nak jawab, encik rindu kat saya ye? jangan la cakap direct macam ni. saya malu~♥ *blushing*. tapi yang keluar dari mulut. demam. *muka serious suara garau* ah! kenapa la time macam ni suara nak hilang pula. *ketuk kepala*

[jam 4 petang] kelas dengan pensyarah yang cun. aku rasa uitm memang pilih pensyarah berdasarkan rupa la. *angguk angguk kepala* ehem~ 

[jam 8 malam] aku di jemput hadir berjumpa dengan orang penting dalam uitm. wajib hadir. dalam perjalanan, aku lalu padang kawad. nampak ada orang tengah berkawad. bila aku dengar komanden [or ketua watever] bagi command, aku terus teringat memori lama. ah! bangang. tiba tiba rindu pula member lama. bila dah sampai lokasi, terjumpa pula dengan sepupu aku yang hensem. memandangkan aku single malam tu, terus aku berkepit dengan sepupu aku tu. dia boleh jadi wali aku kot. jadi takde hal la. ngeh ngeh ngeh. anyway, kesian kau zul. tak pasal pasal je kau kena menghadap aku. haha. takpe. aku rindu kau kot! lama gila tak jumpa kau.

[jam 11 malam] balik rumah. halfway aku naik motor dengan fareez!! haha. aku rasa sangat kelakar. aku tak tau kenapa. tapi aku rasa kelakar. aku rasa macam nak cubit je pipi kau tu. haha. 

[sekarang] aku nak kena mulakan kerja. tapi aku dah rasa mengantuk. apa yang patut aku buat?

2 comments:

Ms. Sugar Sugar said...

makan ngn aku dulu jom.

kiki said...

aku baru bangun la yayunk~ huhuhu~