March 20, 2011

ini bukan kisah aku

i know for a fact that every stories that i wrote here will be read by anonymous people. every stories told dalam blog ini related to me. cuma i cant tell the exact thing that happened to me. some stories terlalu personal untuk diceritakan. some stories may involve other party.

the real fact is, none of those people related to me know the exact feelings that i have. salah faham selalu terjadi. they didn't know because i can't really explain myself. he used to know how my mind works, what my heart really feel. he used to tell me what was i really think. but now, he doesn't even know if i'm alive until i text him telling him what am i doing. adakah aku terlalu sibuk sehinggakan dia tak lagi mahu menghubungi aku?

punca kesedihan aku secara jujurnya kerana aku sudah terlalu lama dibiarkan sendiri mungkin juga aku rindukan dirinya. aku tiada tempat untuk mengadu. aku susah untuk percaya sesiapa sahaja terutama lepas apa yang terjadi tahun lepas. aku masih lagi menguji mereka yang berada disekeliling aku. susah bila kepercayaan kau dicampak dan diludah seperti sampah. susah untuk kau bangkit dan memberi semula kepercayaan itu. susah yang amat.

teman rapat? secara mudah dan aku mengaku, dari aku sekolah rendah, aku sudah biasa di tikam dari belakang oleh orang yang rapat dengan aku. jadi bila aku ditikam dari belakang lagi, aku hanya mampu pejam mata dan pasrah. mungkin itu nasib aku. bila orang datang maki aku pun, mahu sahaja aku senyum. tapi hati aku terlalu sakit terluka. terluka oleh mereka yang aku percaya. jadi aku diam. untuk aku maki balik, itu bukan aku. cuma aku terlalu banyak alasan. alasan yang adakalanya tak munasabah. saya sangat bodoh.

kerana itu aku ada satu hobi yang pelik. aku suka berkawan dengan orang yang tiada kawan. ayat mudah, orang yang dipulaukan. sebab aku tahu perasaan bila kau dilukakan dan sunyi. perasaan sunyi tanpa kawan setelah ditinggalkan. aku tak mahu mereka sunyi. biar lah aku sorang je yang tahu perasaan itu. dan aku percaya yang mereka takkan lukakan aku. mereka takkan pergi dekat orang lain. mereka takkan tinggalkan aku. kerana itu juga, bila orang terlalu baik dengan aku, aku sangat mudah jatuh sayang pada mereka. tetapi aku juga percaya, mereka masih mampu lukakan aku. dan aku biarkan.

aku suka berkawan. sangat suka berkawan. aku suka baca perangai orang. aku suka tengok orang senyum dan ketawa. sebab itu antara ubat aku. bila ada yang sedih atau kecewa, aku selalu mahu ada dengan orang itu. cuma satu yang aku kecewa dengan diri sendiri, aku bukan penyelesai masalah yang bagus.

aku mohon maaf pada mereka yang mahu berada disisi aku ketika aku sedih kerana aku takkan cari kamu ketika aku sedih. aku lebih suka sendiri. teman yang terbaik ketika aku sedih adalah air mata dan tuhan. aku juga tahu kamu marah bila aku memberitahu kamu sambil ketawa yang aku hampir sahaja membunuh diri. seolah perkara itu tiada nilai. mungkin ketika itu tuhan masih tak sayang aku, dia datangkan insan untuk menyelamatkan aku.

aku suka ketawa. sangat suka ketawa. meskipun datang masalah yang besar, aku akan ketawa. maafkan aku. sebab ketawa antara perkara yang mampu aku tunjukkan agar kamu tak risaukan aku. aku bukan sesiapa untuk kamu risaukan.

secara jujur, sekarang aku lebih banyak mendiamkan diri. aku bukan diri aku yang lama. dan aku tak mahu kembali seperti dulu. tetapi aku nampak yang aku kini seolah dalam perjalanan untuk kembali ke zaman itu. hentikan langkah itu. hentikan.






this is a code for you to help me. please, baby. help me. but another fact that i know, u didn't read my blog. and again, i sit on that corner of my bed and wait for you to receive my s.o.s code. a code that you'll never receive.

6 comments:

Unknown said...

gila depressing gila entry ni. sampai buat aku rasa bersalah lak ramai kawan.

kiki said...

hahaha. its not ur fault la my dear fren.

kiki said...

hahaha. its not ur fault la my dear fren.

Unknown said...

tp trasa bsalah gak la. minguu ni aku balik. jom la la lepak.

kiki said...

hahaha. aku busy la ngeng~ hukhuk~ another problem dengan life aku. sibuk je memanjang. last berdating pun tahun lepas kau tau~

Unknown said...

gila sedih hidup ko. aku pun sibuk gak la. tpstill aku pandai melarikan diri dr kesibukan. i'm a master in "snaking" (mengular).