aku tak seperti dulu kerana dia. dia selalu ajar aku, tenang dalam menghadapi apa sahaja situasi.
tuhan, bantu aku.
kasih, bantu aku.
seluruh anggota badan aku menggigil. jantung aku berdegup kencang. kaki aku terlalu lemah untuk berjalan. seluruh badan aku kebas. sehingga sekarang aku masih lagi menggigil. seluruh badan aku menggigil.
aku tak sanggup nak berdepan dengan mereka. mereka sudah berubah. mana pergi sifat kemanusiaan. mana pergi sifat saling memaafkan. mana pergi sifat mengambil berat mereka. aku hampir tidak mengenali mereka.
maaf dipinta, harus diberikan dengan ikhlas. jangan simpan dendam. jangan.
semua orang membuat kesilapan. adakah kamu terlalu sempurna untuk tidak memaafkan manusia yang lain?
aku pun tak sempurna. mungkin tidak sesempurna kamu mungkin. kamu terlalu sempurna sehingga kamu bongkak. kamu ramai kerana itu kamu berani.
mereka juga silap dalam menilai kita. aku faham. mereka juga silap kerana menimbulkan isu ini. aku juga faham itu.
aku juga tersentak kerana nama aku ada. aku juga tersentak bila menerima jawapan sebegitu rupa. aku juga tersentak membaca itu semua.
sudah lah.
sudah aku katakan aku tak sukakan semua ini.
jangan fikir aku menyebelah manamana. aku tak mahu terlibat dalam perkara ini. lebih banyak benda yang aku patut fikirkan dari memikirkan benda ini. cuma hari ini aku tersentak dengan kamu semua. maksud aku semua, SEMUA. keduadua belah pihak.
cukup la tu.
bila kamu melukakan orang lain, kamu juga akan turut terluka.
aku terlalu sayangkan kamu. mungkin kerana itu aku rasa terluka dengan tindakan kamu. aku taknak terlibat lagi dah. sakit.
No comments:
Post a Comment