aku banyak main main. aku sendiri pun rimas dengan diri aku. aku main main bila aku stress yang amat. semakin banyak tekanan, aku seolah semakin mereng. aku memiliki sifat yang suka lari dari masalah. sifat ni semakin berkurangan. tetapi masih ada.
kerana itu masa sekolah aku tak suka buat kerja rumah. buku karangan aku tak pernah wujud. kerja penulisan yang diberi topik adalah sesuatu yang menekan perasaan walaupun aku sangat suka menulis. aku lebih suka bebas. tetapi markah karangan aku masa sekolah adalah tinggi. itu antara bukti yang aku rasa aku tak perlu ada buku karangan. cuma satu kelemahan aku, aku tak suka buat ujian yang ada surat rasmi atau tak rasmi. sebab ada format. aku keliru.
minggu ini adalah minggu paling menekan perasaan bila aku tak dapat mood buat assignment langsung. idea aku kontang. aku memegang kata kata abang aku, seorang pereka mati bila kehabisan idea. dan aku mati.
bila aku stress, aku main main. cakap merapu yang secara jujurnya, langsung tak menggunakan otak. semakin banyak ketawa dan tersenyum tapi bila takde orang je, aku menangis. tidur yang semakin kuat dan tak terkawal. ada masanya aku mampu duduk diam tanpa fikir apa apa selama berjam. itu aku. *ketuk kepala*
aku payah untuk marah. sangat sangat payah untuk marah. kalau kau nampak aku marah kerana stress, itu bukan aku. itu hanya lakonan supaya kau faham yang aku stress. tapi lepas tu kau akan nampak yang aku ketawa sorang sorang. aku rasa kelakar dengan diri sendiri bila marah.
tapi itu tak bermakna yang aku tak pernah marah. aku boleh marah. kerana aku berketurunan seorang manusia yang sangat baran. aku ada dua kategori marah. aku akan diam bila aku tau orang atau benda yang aku geram tu, memang takkan beri respon yang menyeronokkan. aku akan marah yang mengeluarkan kata kata bila geram dengan diri sendiri atau dengan orang yang aku sangat sayang. kalau aku pernah marah kau, bermakna kau adalah orang yang penting dalam hidup aku.
motif sebenar entri ni? aku sangat suka air bandung.
No comments:
Post a Comment