kerana itu aku tak mahu
tetapi jika tidak dicerita orang tak faham
tetapi bila dicerita orang menilai
pentingkah aku dalam hidup mereka?
sehingga aku perlu difahami
sehingga aku perlu dinilai
jika benar mereka mahu memahami aku
mereka tahu apa yang patut atau tidak
tetapi mereka sebenarnya tidak mahu memahami
mereka cuma mahu menilai
menilai dan menentukan sifat aku
aku sangat jujur
terlalu mudah berbicara tanpa berfikir
kerana itu aku rasa lebih mudah untuk mendiamkan diri
tetapi sukar
kerana bila kau diam
orang juga mendiamkan diri
bila kau ada masalah
orang salahkan kau kenapa tak mahu bercerita
tetapi jika aku bercerita
orang mula menilai semula
kerana itu aku mula belajar sendiri
sendiri lebih mudah
tiada siapa yang akan menilai
tiada hati yang terluka
tiada manusia yang akan terasa
tetapi dugaan datang dan pergi
mungkin ini waktunya
No comments:
Post a Comment