February 07, 2011

saya ketagih dengan blog saya sendiri

aku masuk bilik, buka komputer, mesti buka blog aku ni. balik dari kelas, tukar baju, buka komputer, mesti buka blog aku ni juga. tengok lima minit, tutup, tak sampai sejam, dah buka balik. aku pun tak tau la kenapa dengan aku ni. aku dah jatuh cinta dengan blog aku sendiri ke?

aku baru balik dari kelas sebenarnya ni. tak sempat tukar baju. [fine! memang aku tengah separuh bogel] terus buka blog ni juga. aku rasa ada je cerita yang aku nak tulis. tapi aku tak tulis pun. cukup sekadar buka blog je pun aku dah cukup gembira.

malam tadi aku ada banyak assignment. banyak yang amat sampai makan pun tak sempat, mandi pun terlupa, tidur pun tak nyenyak. tapi aku masih sempat buka blog ni. adakah ini cinta, kawankawan?

aku keliru. adakah aku akan tergolong antara manusia yang berkahwin dengan roller coaster? yang pasti aku bukan tergolong dalam golongan manusia yang kahwin dengan diri sendiri ya.

 kesimpulan di sini. aku sayangkan semua harta benda aku. blog ni aku sayang kerana terlalu banyak memori aku yang dia simpan dan di jaga dengan sangat elok sekali [bukan seperti sesetengah manusia]. makanya, sebagai balasan, aku mahukan yang terbaik untuk dia [walaupun aku takde la bagi dia makan sedapsedap].

secara jujur, engkau engkau yang baca blog aku ni mesti rasa, "eh, takde la hebat sangat blog minah ni pun nak sampai ketagih." mungkin engkau engkau tak rasa sebab aku jaga dia dari dia baby. sekarang dah nak masuk umur dua tahun dah.

cuma aku berharap, bila blog ni sudah semakin matang, dia tidak seperti kacang yang lupakan kulit dan seperti harapkan pagar, pagar makan padi.







aku nak pergi kedai print gambar pula. oke. bye.

**kenapa aku rajin tulis peribahasa hari ni? O_______O

No comments: