February 02, 2011

melukis di tasik

sebelum tidur, aku nak buat laporan mengenai aktiviti aku hari ni.

memandangkan sudah tiga minggu berturut aku tak dapat hadir kelas drawing, aku kena juga siapkan lukisan yang semua orang dah buat dan aku sangat cemburu bila semua ahli kelas dapat pergi taman tasik dan buat lukisan dekat sana. tinggal aku. takde la sedih sangat sebab aku dapat tidur masa mereka melukis.

hari ni aku ajak sepupu merangkap cikgu lukisan aku pergi taman tasik. citacita aku untuk buat lukisan kat tasik akhirnya tercapai. [oke. mengarut sangat kalau citacita macam tu. impian la kot]



ini permulaan lukisan. aku rasa aku salah buat. tapi abaikan. nanti aku cuba buat baru atau hantar je yang ini. ^^


ini cikgu lukisan aku. tengok ha, sibuk mengajar. aku? hehehe. tengok gambar bawah. sibuk bergambar.



pallet yang sangat cantik dan terasa sayang nak kotorkan. mahal tu! [bagi orang macam aku la]


dah siap! cantik tak? cantik tak? pertama kali aku nampak lukisan aku cantik. *terharu*

tengok pallet pun tak kotor sangat. hehehehe. cikgu dok jelingjeling bila aku asyik curi warna campuran dia. ampun cikgu!

oke. baru satu lukisan, penatnya macam siapkan 40 lukisan. 

masa untuk makan! 

singgah shah alam mall dan makan ini

takoyaki


okonomiyaki




dah kenyang, lukisan pun da siap [satu je pun], dah puas bergambar. oke. balik tidur.






selamat malam

No comments: