February 09, 2011

appointment dengan dentist

hari ni aku kena tukar pagar gigi lagi. appointment dengan doktor sepatutnya dua minggu lepas, memandangkan aku kena chicken pox, aku terpaksa minta tangguh. tak pasal je nanti semua orang yang tukar pagar kena chicken pox. *ketawa sambil membayangkan semua yang ada braces kena chicken pox*

getah gigi aku dah tetapkan untuk kekalkan pakai warna pink sahaja. kenapa pink? warnanya bila dah lama akan luntur. aku pernah pakai oren, purple dan pink. warna oren bila dah lama akan jadi warna kuning dan aku pernah kena tegur dengan kakak,"dik, kau tak gosok gigi ke? kuning la gigi kau?" itulah effectnya. rasa macam nak pakai lampu led kat gigi je.

kenapa tak pilih biru atau hijau? sebab aku tak suka biru dan hijau macam lumut. masa sekolah dulu, aku ada cikgu sementara yang mengajar kelas ekonomi rumah tangga (ert). cikgu tu pakai braces dan aku tau dia suka warna hijau sebab dia suka pilih getah gigi warna hijau. aku tak boleh lupa bila aku dengar kawan aku kata gigi cikgu tu macam berlumut dan dia geli nak tengok. standard la budakbudak riang ria remaja ni, mulut nak lepas je.

oke. sekarang ni aku terasa macam nak menangis tibatiba. sekejap. *diam* effect bila lepas tukar pagar gigi ni, selalunya aku akan mengalami ngilu atau sakit di gigi sebab doktor baru ketatkan ikatan gigi. sekarang ni aku tengah menahan sakit sebab tadi aku terketap gigi agak kuat. T_____T

see! siap ada tahi lalat lagi tau. haha.


mama kata, aku adalah antara anak yang banyak songeh, belajar paling tinggi dan paling banyak penyakit. ikat gigi ni pun antara penyakit yang aku cari sendiri sebab kena jumpa doktor. aku rasa mungkin dia tertekan dengar aku merungut tak dapat keluar rumah masa kena chicken pox.



No comments: