saya telah ditag?! ini hot nih! sungguh hot. saya telah di tag untuk pertama kali di belog! terima kasih cik zieka comel-comel-toing-toing-oing. [harap maaf. kemengarutan mula melanda diri]
jap. memang kena komen eh sebelum jawab soalan simple-timple cenggini?? tamoo ah! nak jawab soalan je.
saya memang HOT!!! hot dengan soalan sebegini dimana memerlukan aku menggunakan sifat-sifat karisma dan optimist serta dengan penuh gaya untuk menjawab.
update wallpaper anda guna sekarang
secara jujur. aku tak guna apa-apa wallpaper sebab taknak mengganggu prestasi komputer. uhuk. takpe la. wallpaper yang terakhir guna boleh tak?
masa awal cuti semester. telah berjaya mengepau nini, member masa plkn dulu. kebetulan dia pula baru dapat duit ptptn. mari makan! sekarang ni dia pulak sangkut kerja part time kat pizza hut kat seksyen 7. silakan lah serbu dia kat sana ye. muahahahaa~
lagu terakhir anda dengar?
like a fool (ost personal taste) - 2am
apa anda buat selain selesaikan tag ni?
tonton drama korea, personal taste. dan membuang air.
selain nama sendiri anda dipanggil dengan nama apa?
adik, amoi dan nenek =.="
tag lagi 5 orang :
omo! siapa saya mahu tag? silakanlah tag diri sendiri. boleh gitu?
siapa no.1 dengan anda?
sepupu kesayangan yang ada masanya bila dia lupa makan ubat, dia akan mengamuk dan gigit bontot semua orang yang berdekatan. hati-hati ya.
katakan sesuatu pada orang no.5
errr. hai. selamat berkenalan. harap-harap, awak sudi la buat ye. lepas tu bagitau la saya. supaya saya bleh link kat awak.
no.3 ada hubungan dengan siapa?
aha! silakan baca blog dia. itulah awek dia. [isam. ko tak kenalkan kat aku lagikan?! gigit otak ko baru tau]
bagaimana pula dengan no.2
ehem. dia masih single-mingle. silalah tinggalkan nama dan nombor contact anda untuk dapatkan link ke facebook dia.
kau kata cinta pada orang no.4?
woah!! itu tidak mungkin berlaku. dia bestfriend to my boyfriend. bestest friend since kecik-kecik oh!
beri 4 fakta yang anda tahu tentang orang yang anda tag
- dua antara mereka adalah perempuan
- dua antara mereka adalah sepupu
- dua antara mereka adalah teman rapat dari sekolah
- salah seorang tidak pernah merokok
nota hot : kerana ini tag, saya tak mampu nak update blog. selagi tak siap. selagi tu rasa cam berhutang. kenapa boleh rasa sebegini?!! why? why? why??!
No comments:
Post a Comment