December 16, 2010

5 hrs till my bithday

usually ppl make wish list for their birthday. im not gonna do that. sebab list itu akan sentiasa berubah setiap minit aku tulis. dari 5 minit, akan jadi berjam-jam untuk memikirkan apa yang aku nak. manusia memang takkan puas.

untuk hari lahir tahun ni, mungkin aku tak mahu apa-apa. if i want to be treated like princess, rasanya hari-hari aku dah dilayan seperti puteri raja. kalau aku mahu orang belanja makan, rasanya hari-hari pun orang belanja aku makan. kalau aku mahu bermalas-malasan sepanjang hari, sepanjang cuti ni aku bermalasan tanpa sebab yang munasabah. cuma mungkin satu, aku mahu bersama orang yang aku sayang dan melihat mereka gembira. bbq tahun ni dah tak ada. aku yang tak mahu. aku tak mahu apa-apa sambutan pun. dan kek pun, mungkin aku yang buat sendiri. esok lah buat. *senyum*

dan ada satu lagi yang aku mahu. aku tak pasti jika permintaan aku ni agak mengarut. aku mahu dia [si kekasih hati] berada di depan mata aku tepat jam 12 malam ni. aku tak mahu hadiah. aku cuma mahu dia berada di depan mata tepat jam 12 malam. cukup walaupun berada di situ untuk satu saat. mungkin itu sahaja yang aku mahu.

semua orang mahu hadiah. semua orang suka hadiah. termasuk aku si manusia gedik ni. tapi tahun ni, seperti tahun-tahun yang sebelumnya, aku tak rasa apa-apa perbezaan. sebenarnya, apa perasaan yang patut wujud untuk sambut birthday? bahagia? seronok? sedih? dan apa yang patut aku ucap bila orang wish aku "happy birthday"? terima kasih? happy bitrhday to u too? hugs n kisses? kenapa setiap kali hari lahir aku, aku akan confuse?




*aku terasa sedih bila si kekasih hati kata mungkin dia tak dapat hadir pada jam 12. aku marah, aku sedih, aku kecewa. aku cuma mahu dia hadir dan berada depan mata aku. tak payah buat apa-apa. just make my day. kerana kamu istimewa. kamu patut hadir pada hari istimewa saya. pada waktu istimewa saya. just do nothing. seeing u is enough to make me happy a million years.

No comments: