khamis lepas, aku bertolak pergi ke kelantan. ikut rombongan pengantin. sebenarnya memang takde plan langsung nak ke kelantan. last minit punya decision. tapi, last minit punya decision la yang menarik dan excited.
lepas tengok harry potter, terus hantar kereta pergi servis. sementara tunggu kereta servis, aku ngan mama gi secret recipe. makan!
malam tu baru bertolak. berhenti dekat gua musang sementara tunggu rombongan pengantin dari jelebu sampai. [kami bertolak asing] dan ofcos la aku tidur sementara tunggu. bila rombongan pengantin sampai, aku tersangat la mamai. yang aku nampak hanyalah segerombolan lelaki dan kereta. aku confuse. aku kat mana ye?
7 kereta kesemuanya. 5 kereta je penuh dengan kawan-kawan pengantin yg semuanya lelaki. nasib baik ada la makcik aku dan kaklong bawak mak dia. ada la juga populasi perempuan. no wonder la aku nampak lelaki je. [aku ingat aku da masuk heaven of men. *sigh*]

malam tu urusan nikah. rupanya jarak rumah pengantin perempuan dengan homestay tu dekat je. jalan kaki pun boleh. tapi berpeluh jugak la ketiak kalau berjalan. masa pengantin tengah akad, aku pulak yang berdebar lebih. cam aku pulak yang kawen. *ketawa tutup mulut malu-malu*
![]() |
saya suka kek |
balik homestay terus sambung tidur balik. member-member pengantin da keluar pergi enjoy. pengantin dan keluarga pengantin termasuk keluarga aku da selamat pengsan dekat rumah.
keesokannya kenduri besar. kenduri dia memang sempoi. sangat simple dan senang. the fun part is, masa makan beradab, rombongan pengantin lelaki yang penuh kat meja tu. maksud aku, bukan penuh makan kat meja tu, tapi penuh menghadap pengantin makan. buat macam kenduri sendiri je diorg ni. haish.
balik homestay aku terus mandi sebab tak tahan berpeluh. cuaca sangat panas tapi bila petang ke malam sejuk melampau sebab hujan. sepatutnya pergi wakaf che yeh ramai-ramai. tapi ramai yang tak larat dan ada pulak kereta nak kena repair. makanya, aku dengan mama n babah je la yang pergi wakaf che yeh.
![]() |
termasuk lak gambar sendiri |
dekat wakaf che yeh, aku, mama n babah cari makan je sebenarnya. barang-barang adalah sampingan. lagipun kebanyakan barang boleh je dapat kat shah alam. zaman da moden. kedai makan pertama yang kitorg pergi memang la tersangat lambat untuk siap makanannya. dari set kedua game lee chong wei sampai habis da menang pun, masih tak siap lagi. last2 kitorg blah sebab da lapa sangat. kedai yang kedua cepat sikit. maybe sebab tak ramai orang. xkisah la. yang penting aku dapat makan.
balik homestay, rombongan makcik aku da bersiap-siap nak balik. family aku tak follow balik malam tu jugak. dah alang-alang ada kat kelantan, baik gi jalan-jalan lagi.
bangun pagi breakfast dekat kedai seberang jalan makan roti canai. maaf la ye. sini memang da confirm takde mamak. hanya ada kedai melayu.
tunggu pengantin baru sampai rumah untuk ambil kunci then terus gerak ke kota bharu. na masuk ke kota bharu tu jammed na mampus. semuanya kerana gara-gara cheng ho expo. berjam juga la na masuk ke kota bharu. [tapi aku tak rasa apa-apa sebab aku da selamat tidur kat seat belakang]

rupanya bangunan shopping compelx kat kota bharu tu da siap. dah lama aku tak datang kelantan. [iyo la tu. baru je pergi pertengahan tahun hari tu] tapi masa tu tak singgah kota bharu. paling terbaik, datang kota bharu, tapi tetap shopping kat parkson dan giant. *sigh*
jalan-jalan area pasar siti khatijah. tak beli apa pun sebab tak plan. before balik ke bilik, berhenti makan kat a&w! yeay! [ye. pergi la jauh mana pun. perangai memang tak berubah. tetap shopping kat giant n tetap makan kat restoran segera.]
malam tu memang aku stuck kat dalam hotel je. mabuk tidur. [lagi] dan hujan.
parents aku memang ada rutin kalau ada kat kota bharu ni.
- tidur dekat hotel politan [sebab senang parking]
- breakfast pagi wajib beli kuih dekat pasar siti khatijah [ada kuih mama]
- minum pagi dekat gerai yang sama setiap kali ada kat kota bharu ni [suka duduk tepi dinding]
- dah kenyang, terus shopping kat area pasar siti khatijah [part yg paling aku suka]
- wajib beli : narita @ toto, tudung, baju melayu @ jubah, baju kelawar [yg lain2 tu tambahan2 je]

dan untuk kali ni, aku la yang menjadi kuli untuk membawa segala barang yang dibeli memandangkan tangan abah masih sakit dan mereka berdua sudah tua. tak sampai hati aku tengok mereka memerah tenaga nak angkat barang. walaupun aku ni perempuan, tapi aku kuat tau! *sambil tunjuk muscle perut boroi*
untuk pengetahuan, bonet kereta teramat la penuh!! aku sahaja da bawak 3 beg, mama 2 beg, abah satu beg. [hehe. perempuan muda seperti aku memang bawak beg banyak.] itupun belum masuk barang-barang yang dibeli tadi. selepas melalui beberapa fasa edit mengedit isi beg, akhirnya muat la juga barang. itupun back seat [area aku] ada ruang kecik je untuk letak kaki. nasib baik la aku ni kurus dan cantik seperti hanis zalikha. maka muat la juga.
bila bonet kereta dah penuh, maka dengan rasminya, kami kena balik ke shah alam juga. itupun mama n babah nak beli kerusi malas! giler?! nak sumbat mana pun aku xtau. da confirm la aku juga yang kena mengecikkan lagi badan. nak tak nak aku terpaksa bantah dengan menggunakan suara ramai. [suara aku sorang je] aku memang kaki shopping. tapi aku tau la jugak had. pertama kali aku membantah parents aku membeli barang. itupun diorang dah berhenti kereta tepi jalan, nak tengok kedai perabot. seriously, aku rasa aku da tau perangai boros aku datang dari siapa. nasib baik diorang tak jadi beli. *lega* itupun diorang masih lagi cuba nak slow talk dengan aku. tak boleh! tak boleh! grrr~
aku dengan parents selalu pergi kelantan semata nak cari makanan sedap je. kitorang pernah makan kat satu kedai yang teramat sedap. sebelum ni cari tak pernah jumpa. tapi kali ni kitorang dapat jumpe. nama kedai tu nurfa nasi kukus dan nasi kerabu. memang aku promote la kedai ni. makanan dia memang terbaik! kedai dia aku suka sebab ada jual ikan bakar, ayam bakar. semua bakar-bakar la. lauk dia pun memang tip top. terbaik! *lap air liur meleleh* lokasi kedai ni dekat tepi jalan area kampung junjung kalau tak silap. kedai dia sangat simple. biasa la kedai bukan area bandar. kau tak boleh nak harapkan ada kerusi empuk dengan sudu garpu siap ada atas meja dan makanan diorang hantar. takde. self service oke. tapi aku tetap suka.
balik dengan perut yang teramat kenyang. ofcos la mengantuk. *kenyit mata*
sampai area kuala lipis, aku drive. aku da request na drive dari shah alam lagi. aku risaukan tangan abah. tapi abah tak bagi. dia kata jalan bahaya. aku tak tau jalan. bla bla bla. akhirnya dapat jugak aku drive. tapi dari kuala lipis je la pun.
sampai rumah juga akhirnya. terus membungkang tidur sepanjang hari dan baru sekarang aku dapat cerita. *ketawa malu-malu*
2 comments:
Banyaknye tido! Hehe best baca cite kiki!
wah! punya pjg ni ayu leyh baca? hebat! hehehe. banyak mengarut.
Post a Comment