kenapa hidup perlu duit? zaman dulu-dulu tak perlu duit pun boleh hidup. zaman sekarang, segalanya duit. aku benci duit sebenarnya. tapi itu adalah keperluan. bergerak sikit, duit pun bergerak. serabut.
manusia menjadi hamba duit. satu kenyataan yang pahit.
"kalau nak cari boyfren, cari yang berharta. senang dye na tanggung kau."
so, lelaki yang takde duit. bye-bye.
materialistic minded people.
kenapa itu yang mereka fikirkan dulu?
satu benda bagi manusia yang macam ni. hidup kau akan menyusahkan orang sekeliling kau. dan lelaki yang menggunakan harta untuk mengumpan perempuan yang macam ni, kau akan susah kemudian hari. dan bagi perempuan yang juga menggunakan taktik yang sama, juga akan susah kemudian hari. both akan jadi hamba kepada duit.
tak perlu tetapkan syarat untuk hidup. hidup seadanya.
jika memang jodoh kau dengan orang yang berharta. alhamdulillah. syukur. jika memang jodoh kau dengan orang yang kurang hartanya, syukur juga. jodoh itu ditentukan oleh tuhan.
ada hikmah dalam segalanya. mungkin kau dapat pasangan yang berharta kerana kau baik, kau takkan riak, kau takkan lupa tuhan. mungkin kau dapat pasangan yang kurang hartanya kerana kau riak, kau bangga, kau miliki hati yang busuk, kau mudah lupa tuhan. ada hikmah dalam segalanya. atau mungkin juga sebaliknya. dan kemudian datang ujian dari atas.
pesanan aku. jangan dengar apa yang orang kata. kerana adakah mereka pasti yang pasangan yang berharta itu akan ada hartanya selamanya? dan adakah mereka pasti pasangan yang kurang hartanya itu akan terus kurang hartanya selamanya? tuhan yang beri rezeki. dan manusia tiada hak untuk persoalkan qada dan qadar.
a : kau kawan la dengan dia ni. dia ada kereta audi, rumah istana atas bukit, kandang kuda 15 ekar, ada 19 syarikat yang berdaftar tak termasuk yang tak berdaftar, orang gaji 10 orang, kereta ada lagi 17 simpan dekat rumah banglo 23 tingkat, miliki hotel di setiap negeri dalam malaysia, bla bla bla."
b : perempuan simpanan dia berapa orang?
a : err.
b : takpe la. aku tak nak paksa kau jawab. aku tanya soalan last. umur dia berapa?
a : sedikit berusia dari kita la.
b : maksud kau berusia?
a : tak silap aku, sama baya dengan atok kau.
nota duit : kerana duit manusia miskin.
3 comments:
org mesken tp kaya budi pun orait kot drpd kaya tp buruk perangai..haha
betul3.
tapi tak semua macam tu.
cuma tak suka dengan pandangan sesetengah orang yang memandang harta lebih dari segalanya.
:)
a lot says money is god n some says money is power n a few says money is everything but no one says money is trouble..
Post a Comment