October 17, 2010

..lelaki..

aku dilahirkan sebagai perempuan. jantina yang mudah keliru. mudah tertipu dan terpedaya. tapi lembut tatasusila dan halus budi bicara. yang dilahirkan untuk berada di sisi seorang lelaki. untuk dibimbing dan dibentuk. tidak terkejut peratusan kaum wanita berada di pusat pengajian tinggi. sebab kami memang mudah untuk dibentuk.



aku sebenarnya ingin kisahkan perihal lelaki. satu lagi jantina yang unik. kenapa wujudnya lelaki? untuk menjadi khalifah di dunia. dan kenapa wanita memerlukan lelaki di sisi? kerana memang sudah itu fitrahnya. manusia mudah terasa sunyi, kerana itu Allah ciptakan hawa untuk adam.

aku tak pasti kenapa aku nak bercerita mengenai lelaki hari ni. mungkin kerana aku telah digembirakan oleh salah seorang dari mereka. 

sepanjang aku berada di dunia ni, ada beberapa jenis lelaki yang aku kenal. oke. sebenarnya ada terlalu banyak jenis. sebab manusia itu, hatinya lain-lain. tetapi yang aku ingin ceritakan ini jenis lelaki dari sudut pandangan mata seorang wanita yang mudah keliru. ada betul dan ada yang bukan.

jenis yang pertama, jenis yang nakal tetapi pencinta yang setia dan ada rupa. lelaki yang ala-ala bad boy. ramai perempuan yang mengimpikan dan mudah untuk jatuh cinta dengan jenis yang ini. termasuk aku. punca : terlalu banyak tengok cerita a walk to remember. jenis yang ni, sangat rare untuk jumpa tapi bila dah jumpa, tak ramai perempuan yang sanggup bertahan. dugaannya terlalu banyak. pertama, kena compete dengan perempuan-perempuan lain (dan mungkin juga lelaki). kalau lelaki itu jenisnya mesra, mau tak hangin satu badan? (cemburu la tu) tapi itu lah perempuan, sabarnya kurang tapi bukan semua ya. selalunya, lelaki macam ni akan cari perempuan yang stock model-model. tapi ada juga yang pilih bukan stock model. hati manusia lain-lain kan?

lelaki metroseksual, lelaki yang kemas. jenis idaman wanita jugak. perempuan memang sangat suka tengok lelaki yang kemas. itu kenyataan. aku pun tak pasti kenapa. punca : terlalu banyak tengok cerita yang brad pitt berlakon. kelemahan : lelaki yang macam ni selalunya cerewet. cerewet yang amat! mana aku tau? sebab aku tau. lelaki yang macam ni, memang cerewet dalam membuat pilihan. sebab itu dia kemas. selalunya lelaki yang macam ni, akan cari perempuan yang pembersih. dan adakalanya, lelaki macam ni gay. kesian perempuan.

lelaki muka ganas dalam hati ada taman. jenis yang ni ada banyak di pasaran. lebih kurang macam jenis yang pertama tetapi kurang ada rupa. tetapi lelaki jenis ni kadang-kadang tak setia. tak pasti kenapa. selalu yang aku jumpa, ada awek, simpanan pun ada. aku panggil jenis yang ni, mamat poyo. tapi aku faham, mungkin sebab kurang keyakinan diri dan takut ditinggalkan awek, jadi jenis yang ni sediakan payung sebelum hujan. dan lagi sekali aku kata, hati manusia lain-lain. jenis yang ni ada juga yang setia. 

lelaki comel. *ketawa* oke stop ketawa. sebenarnya orang panggil lelaki jambu, tapi aku suka panggil lelaki comel. lelaki comel ni selalunya wujud zaman-zaman sekolah. jenis yang ni aku tak boleh na spesifik. sebab perangai yang pelbagai. tapi selalunya end up dengan panggilan mat poyo dari aku. sebab jenis yang ni, bajet bagus dan ramai peminat. tapi sebagai kawan, diorang memang baik. tapi cara mereka dengan peminat (oke, euw!) memang macam bajet bagus dan bajet kau ramai peminat. tapi seiring dengan masa, mereka akan membesar jadi jenis yang pertama. cuma perlukan perempuan yang sesuai.

lelaki gentleman. yang ni pun menjadi idaman wanita. tapi sayangnya, lelaki jenis ni, selalu bermasalah dari segi cinta dengan perempuan. selalunya, percintaan dia akan berakhir dengan permintaan break dari pihak perempuan. nakalnya lah perempuan ni. lelaki jenis ni rilex dan cool. sangat sabar dengan kerenah perempuan. selalu menjadi tempat meluah si perempuan. tapi sayangnya, lelaki jenis ni, semakin pupus dek kerana sikap perempuan itu sendiri. cuma satu yang aku nak pesan untuk lelaki jenis ni, sabar la. lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. tapi mengikut kajian yang tak berapa di kaji aku ni, lelaki jenis ni selalunya berakhir dengan kawan baik mereka. dan ada juga yang berjaya dalam percintaan.

lelaki matang. jenis yang suka memberi nasihat pada perempuan. selalunya jenis yang ni, lebih berusia berbanding si perempuan. pengalaman lebih banyak. lelaki matang ni selalunya berasal dari lelaki yang nakal, kemudian lelaki gentleman dan berakhir dengan lelaki matang. mereka bijak menilai sebab dah banyak pengalaman yang mereka tempuh. maksud aku banyak, memang banyak. kalau satu hari diorang ceritakan sejarah hidup diorang, tahan je la hati tu ye. untuk lelaki jenis ni, mereka suka mencari perempuan yang ala-ala matang tapi sebenarnya tak berapa matang.

lelaki anak mak. selalunya ciri-ciri dia ala-ala lelaki gentleman. bezanya, dia akan selalu mintak pandangan mak dalam segala hal. jenis yang ni jarang ada awek. akan mintak pandangan mak dia je. kalau ada awek pun, akan cerita atau tanya dulu kat mak dia. untung dapat lelaki jenis ni, gentleman gila sampai kau na keluar kereta pun dia bukakan pintu. tapi, kau kena tahan bila pandangan kau menjadi pandangan nombor dua.

lelaki gatal. aku lebih prefer panggil jenis ni, lelaki tak guna. lelaki tak guna ni boleh dikenal masa date yang ke dua atau ke tiga. cara nak kenal? perhatikan pandangan mata dia selalunya ke mana. mata mereka ni selalunya akan pandang bawah atau kat breast korang. ini masa date yang pertama. date yang kedua atau ketiga, da main raba-raba. lelaki jenis ni, eloklah dipukul ramai-ramai. selalunya, lelaki jenis ni, cepat jadi ayah. ayah kepada anak-anak haram. berhati-hati ya wanita.

lelaki banyak mulut. lelaki banyak mulut ni selalunya jenis mudah bangga diri. semua cerita dia, dia kan cerita kat semua orang. seronok bila jadi awek untuk jenis yang ni sebab meriah. dan sentiasa je ada cerita terbaru. kelemahan : rahsia kau pun dia akan jaja kat orang lain. tetapi lelaki jenis ni juga, mudah memahami perempuan sebab banyak mendengar cerita dan bercerita dengan kawan-kawan. tetapi, jenis ni ada juga yang gay. tak pasti kenapa.

lelaki nerd. kuat main game, suka baca komik, kumpul patung-patung anime (oke, aku tak tau na panggil patung tu apa) dan suka korek hidung sapu kat bawah meja. (yang last tu aku tipu je) lelaki jenis ni yang ada kat malaysia selalunya memiliki awek, tetapi lebih ramai yang tidak memiliki. kerana pernah dikecewakan dan menunggu awek yang lama diorg balik. ada masanya mereka hidup dalam dunia mereka sendiri. jenis ni juga tak pandai mengayat. memerlukan kawan untuk kenalkan dengan mana-mana awek. tapi sayangnya, kawan yang nak kenalkan awek tu lebih hensem dari dia. berakhir dengan kekecewaan lagi sekali.

lelaki pak lawak. bertuah memiliki teman lelaki jenis ni. sebab sentiasa ada je idea yang tak kering gusi. selalunya jenis ni, disayangi kawan-kawan. sebagai awek, kena la memahami bila kadang-kadang diorang lepak sampai pukul 6 pagi. adakalanya lelaki jenis ni juga boleh memasuki kategori lelaki banyak mulut cuma jenis ni lebih bijak menyimpan rahsia.

ada banyak lagi jenis yang wujud, tetapi aku dah blur. ni jenis-jenis yang aku kenal sepanjang hidup aku. ada yang betul, dan mungkin ada yang salah. cuma ini pandangan dari aku, perempuan yang mudah keliru. kenapa aku tak buat jenis-jenis perempuan? sebab aku sendiri keliru dengan diri aku sendiri. aku juga tak tau apa yang aku nak. untuk kategori kan perempuan tu agak sukar. tapi mungkin satu hari nanti aku akan ceritakan kategori-kategori perempuan pulak. mungkin.






nota kaki berlari keriangan : terima kasih wahai lelaki kerana sudi memeriahkan hidup aku. memberikan aku kenangan. menggembirakan aku. menghancurkan aku. membuat aku seolah tidak berpijak di bumi yang nyata. mengajar aku erti hidup. menjadikan bunyi burung itu lebih indah dari biasa. dan sudi mewujudkan aku ke dunia ini.

10 comments:

fadzizul zakaria said...

i ni masuk kategori mana??hehe

kiki said...

u rasa??

fadzizul zakaria said...

ntah la..klu tnya diri sendiri mesti la i ckp i ni baik ati..pemurah..n so on...hahaha..klu nk taw better kita tnya owg len kn sbb dowg lbh nmpak..

Syed Nizam Syed Omar said...

banyak betul ye jenis2 lelaki...dasyat betul post ni..saya lelaki pun tak berapa nak tahu..hantam sajalah labu....

kiki said...

fadzizul zakaria..
i suka kategorikan u jenis gentleman..
lelaki gentleman ni baik.rilex je kalau berborak.
u gile2 bila kena pada masa n orang.
tapi itu pandangan i la. i bukan kenal u dari lahir pun. egege~
nway, bila u serious, i akan rasa macam nak pukul u. sebab u boleh jadi terlalu serious. hahaha~

dan perempuan macam i, akan takut na jadikan u boyfren. sebab i kategori notty XDD (takut kena marah)

nizam omar..
haaa~ memang banyak..ada lagi tu..
tapi ini just pandangan berani mati seorang perempuan yang comel~ ngeeeee~ XDDDDD

fadzizul zakaria said...

wargh!!toce3...hahahah...i serious??bila masa erk i menyeriouskn diri ni??xperasan la pulak..

kiki said...

by refering to ur status. hahaha~ u mmg xpernah serious ngan i. thats why la i pakai hentam je yg last tu. hahaha~

maksud i, kalau u serious, mmg i rasa cam na pukul u la.

fadzizul zakaria said...

berani2 u nk pukul i time i serius kn...hahahaha...tu bkn serius la..tu namanya kuca lana..

kiki said...

ape tu kuca lana??

fadzizul zakaria said...

hahahaa...kuca lana tu adik beradik caca merba la aka kelam kabut..