August 08, 2010

Tesco

What wud u do if u r the only human live in this world?
Soalan yang asyik berlegar dalam kepala aku sepanjang aku berada dalam Tesco tadi.

Hujung minggu Tesco akan tutup pukul 1. Aku sampai Tesco tadi dalam pukul 12.30 (sebab masuk2 je terus ada pengumuman yang akan ditutup dalam 30 minit lagi). Pukul 12.30 malam minggu selalunya ramai yang sedang terkinja-kinja di atas katil atau mungkin sedang tenang berehat di kelab malam. Tak ramai yang akan datang ke Tesco malam-malam buta cenggini.

Suasana dalam Tesco jauh beza dengan suasana yang selalunya aku kena hadapi dalam hari-hari biasa. Selalunya, nak mencari tapak untuk meletak kereta pun mengambil masa 2 jam, mengumpul bahan bukti 4 jam kerana berebut ayam dengan makcik sebelah yang anaknya pun sibuk nak aiskrim singgit, nak beratur untuk tayang kad biru pun mengambil masa 2 jam. Tapi hari ni semuanye selasai tak sampai sejam dan aku sempat kenyit mata dengan mamat bangla yang susun troli lagi.

Tapi jujur aku nampak suasana Tesco pada waktu itu seolah baru selesai satu peperangan. Bahagian barang basah paling ketara. Sayur bersepah seolah baru sahaja ada orang bergaduh diatas timbunan sayur. Buah-buahan terjatuh tergolek seolah terkena tembakan dan ada kesan tapak kaki terpijak buah yang terjatuh itu. Ayam juga nampak pucat lesu, kepenatan melihat manusia mungkin. Hanya bahagian sushi sahaja yang nampak kemas bersih. Bahagian-bahagian lain, tak perlu la aku terangkan. Cuba lah lihat sendiri bila ada masa yang terluang.

Aku boleh panggil abah dengan mudah tanpa perlu menjerit-jerit. Tak perlu nak bersesak atau tolak menolak.


Tenang.


Pelik aku dapat ketenangan dalam Tesco. Kelakar.





Tesco..boleh ke kalau aku katakan itu kenangan yang bermakna?

No comments: