Aku sama dengan manusia-manusia lain yang kalut mencari erti hidup.
Tapi cara aku mungkin berbeza.
Aku tak boleh sendiri.
Aku tak suka rasa keseorangan.
Aku benci perasaan tu.
Apatah lagi aku anak bongsu yang sudah biasa dimanjakan.
Suatu ketika dahulu, aku tak percaya akan kewujudan kawan.
Aku pun tak tahu kepentingan kawan dalam hidup aku.
Kerana mungkin aku pernah ditikam dari belakang.
Berulang kali.
Jadi aku berhenti percaya kepentingan kawan dalam hidup aku.
Jiwa aku ketika itu seolah kosong.
Hidup aku tak pernah ada rahsia.
Bagi aku semua orang adalah kawan.
Tapi aku bukan kawan mereka.
Sebagai ganti kekosongan itu, aku memerlukan teman lelaki.
Yang aku kira juga bukan kawan.
Aku tidak akan terima jika teman lelaki aku itu pernah menjadi kawan.
Aku akan pastikan dia adalah seseorang aku tidak pernah kenal.
Ada satu ketika, teman lelaki dan kawan tidak membawa maksud apa-apa.
Aku gembira dengan itu.
Aku gembira melihat semua orang gembira.
Cukup aku seorang yang tahu apa yang berlaku dengan diri aku.
Persetankan dengan apa yang orang kata.
Cukup bila aku memiliki diri sendiri.
Keluarga adalah segalanya.
Walaupun aku dimarahi atau dihukum, aku tahu, itu semua kerana sayang.
Masa berjalan.
Aku mula kenal erti kawan.
Aku mula kenal erti setia.
Aku mula kenal erti pengorbanan.
Aku mula kenal erti rahsia.
Aku mula kenal erti teman hidup.
Aku tak faham.
Kenapa bila aku mula faham erti semua itu, aku rasakan aku semakin kosong.
Mungkin kerana aku mula mengambil berat apa yang orang fikirkan.
Aku dah tak mampu jadi diri aku lagi.
Aku berhenti dan menilai.
Apakah penting itu semua?
Kawan adalah seseorang yang menerima kita seadanya.
Yang tidak meletakkan hukum siapa diri kita dan tidak menceritakan hal kita kepada orang lain.
Aku mula menilai kawan aku seorang demi seorang.
Aku terkejut.
Cukup la aku katakan aku terkejut dengan apa yang telah aku nilaikan.
Teman hidup.
Syukur dia wujud.
Mungkin dia bukan malaikat.
Tapi aku sudah cukup tenang.
Aku mula belajar erti setia.
Aku mula belajar erti percaya.
Aku mula belajar erti kejujuran.
Aku akui, tidak semua benda kita harus kongsikan.
Aku juga tidak memaksa dia untuk kongsikan segalanya dengan aku.
Cukup dia ada dan wujud untuk menemani aku.
Dan menampal sebahagian hati aku yang mungkin sudah banyak kali terluka dan koyak.
Sebahagian dari diri aku seolah sudah terisi.
Aku tidak lagi menilai orang melalui rupa.
Aku menilai orang melalui hati.
Satu kelebihan aku, aku mampu melihat hati orang melalui rupa.
Kelakar bila ada masanya aku hanya nampak kebaikan hati seseorang dan melupakan apa yang dia telah lakukan pada aku.
Bertambah kelakar bila aku mampu lupakan kebaikan seseorang dan menilai dari perbuatan buruk dia.
Aku manusia.
Seperti yang aku ulang kali katakan, aku tidak sempurna.
Aku juga mengikut gerak hati.
Aku masih lagi dalam pencarian.
Pencarian hati.
Aku mencari sesuatu yang mampu mengisi hati aku.
Aku sudah nampak jalan cuma aku tidak tahu cara untuk menggapai.
Aku cuma mampu berdoa Dia tunjukkan cara supaya aku tidak jauh terpesong dari jalanNya.
Aku masih lagi bertatih dan merangkak.
Misi aku belum sempurna.
Kerana itu aku masih wujud disini untuk membetulkan kesilapan aku dan menyempurnakan misi aku.
No comments:
Post a Comment