Dunia ni bergerak dan takkan berhenti
Jam berdetik dan takkan henti berdetik
Segalanya bergerak
Walau aku cuba untuk duduk beku setempat but still akan ada semut yang merayap dan bergerak
Setiap jalan yang lurus pasti akan ada simpang
Disetiap simpang aku harus buat keputusan
Kerana masa berjalan
Buat pertama kali aku buat keputusan yang besar mengikut gerak hati
Aku takut sebenarnya
Takut pada diri sendiri
Aku takut ditipu oleh diri sendiri
Aku takut gerak hati aku tu salah
Doakan aku.
Maafkan aku.
Tegurlah aku.
Tolong jangan maki aku
Aku bukan manusia yang keras hati
Aku manusia yang lembut
Tapi aku tak kata aku seorang yang baik cuma lembut
Aku wujud bukan untuk difahami
Aku wujud untuk dikenali
Aku wujud untuk disayangi
Aku wujud untuk dibenci
Bergerak..
Segalanya bergerak
Inilah kehidupan yang aku kenali
Kehidupan yang telah tercipta untuk aku
No comments:
Post a Comment