April 28, 2010

Orange dalam bahasa melayu kelabu..

Aku mulakan hidup baru dengan bekerja bagi sebuah syarikat milik cina. Aku sangat suka itu tempat~~! Semua kaum ada termasuk la bangsa lain cam myanmar, bangla, indonesia. Menarik tertarik yu!


Aku tak nak bagitau kat mana dan apa kerja aku. Aku nak cerita pasal tempat aku kerja je.

Oke, bermula dengan aku. Meja aku telah disediakan sekali dengan komputer baru. Menarik!! Pakai windows 7 lagi. Meja aku kosong dan memang disediakan khas untuk aku. Wah!! Meja aku sebelah tingkap. Kalau aku bosan2, aku boleh tengok awan sambil merehatkan mata. Ops. Takleh tido mase keje.

Internet ada tapi pakai password. Aku tak kisah pun. Aku datang nak kerja oke? Kerja banyak. Tapi aku suka sebab aku takde la dok nyebok kat kakak depan. "Ade keje kak?" berulang kali sampai kakak tu pun aku rasa mesti rasa cam nak hantuk kepala aku ke dinding sebab tension tengok muka aku. Aku sangat tak pandai duk diam takde keje sebab aku tak suka nanti orang kata aku tak buat keje padahal memang takde keje. The best thing is, kerja aku, takde orang kacau. Yeah! Bos punye bilik jauh meyh. Bila2 dye nak bagi kerja nanti baru dia datang. Tempat aku, takde sape ganggu. Yeah!

Keliling aku semua perempuan dan kakak-kakak kat sini agak sempoi cuma aku masih lagi tak berapa nak dapat masuk channel diorang. Aku masih tengah mencari line.

Orang atas aku memang dah confirm la cina n dye memang sgt santek. Siyes! Cuma nampak la sedikit berusia cam 30++. But who cares?

Dari segi pakaian, aku agak bebas. Cuma takde la sampai pakai jeans oke. Itu melampau. As long as ada kolar, oke la tu. Tapi jumaat leyh pakai jeans. Uuuu~

Cuti raya, seminggu. Enjoy!!!!!!!! Ya la. Tak semua company cina nak bagi cuti raya sampai seminggu maa. I lab yu la bos!

Banyak benefit lain lagi. Tapi aku taknak kongsi dengan korang sebab nanti kalau ramai sangat apply tempat ni, nanti bos buang aku lak sebab nak bagi peluang kat korang lak. Ta payah!

Kadang-kadang aku gelak sendiri bila dengar cina2 ni borak. Memang la aku tak paham bahasa cina, maksud aku bile dye cakap melayu la. Bukan gelakkan slanga diorang. Tapi sebab diorang ni pelik2. Gile aku.

Ada this guy, pandai-pandai je letak hukum colour orange dalam bahasa melayu kelabu. Oke. Aku memang dah separuh nyawa tahan gelak. Aku bukan gelakkan dia sebab tak pandai bahasa melayu tapi cara dia nak explainkan warna tu dekat mamat india. Kononnye dia lagi bijak bahasa melayu dari india tu. Dan india tu pun percaya sampai la kakak sebelah aku kata,"Eh, pandai-pandai je yu ni. Orange dalam bahasa melayu oren la. Sama je." Aku nampak cina tu da gelak-gelak.

And ada this other chinese guy borak dgn telefon dengan member dia cina jgk kot sbb dia borak dlm bahasa cina, tapi mulakan perbualan dengan cakap, "Assalammualaikum". Aku terdiam gak memula. Tapi bila kakak meja depan kata,"Wah, Ah Keong. Yu sudah 'potong' ka?" semua gelak.

Aku harap aku bertahan la kerja dekat sini. No malas2 oke? Chaiyo!





http://www.emocutez.com

No comments: