March 04, 2010

Alice in Wonderland 3D


Ceritanye macam ni....

Mase Alice kecik dulu-dulu, Alice pernah cerita kat ayah dye pasal arnab yg mengejar masa, kucing yang boleh tersenyum, orang gile topi, permaisuri hati, ulat bulu kaler biru hisap shisha, bunga yang boleh menyanyi, semua tu la. Tapi ayah dye kata, dye hanya mimpi je tu. Then, Alice kate, saya ni gile ke ayah? Ayah dye kata, orang bijak pandai pun gile.

Mase Alice umur 19 tahun, ayah dye dah mati. So, mak dye nak jodoh kan dye dengan sorang anak Lord. Si Alice ni suka memberontak. Waktu ni, scene dye banyak berlatar belakangkan zaman Victoria dulu2. Perempuan kena pakai corset, stokin panjang, umah beso cam istana, naik kete kuda, bla,bla,bla. Kiranya si Alice ni anak orang kaya juga.

Sampai kat umah pihak lelaki tu, ada majlis n orang yg datang pun ramai. Rupanya lelaki tu na ajak dye berkahwin. Semua orang dlm majlis tu tau kecuali dye. Lelaki tu da la tak hensem, sombong na mampus, penggeli. Si Alice ni blah bile lelaki tu kata, jumpe dye kat gazebo dalam 10 minit. Tengah jalan-jalan, terkantoi dye nampak abang ipar dye ngah beromen dengan perempuan lain. Si Alice ni terkejut n abang ipar dye pun terkejut. Alice pusing tengok mamat yg na ajak dye kawen tu da ada sebelah dye da.

Mase kat gazebo, semua orang tengah pandang Alice dengan mamat tu kat atas gazebo. Siap ada pelukis yg melukis gambar diorang ni kat dalam pondok tu. Lelaki tu pun melutut. Cam biasa la kalau orang putih ni nak ngajak kawen. Alice Kingsley, will u marry me? Alice blur. Sebab dye tak suke mamat ni. Owh. Sebelum tu, mase Alice tengah borak2 ngan bakal mak mertua dye, dye ternampak arnab putih lompat dalam semak. Mase kat dalam pondok tu, dye nampak lagi arnab tu. Dye tak bagi jawapan straight kat mamat tu. Tapi dye kata dye nak berfikir dulu. Dia terus blah kejar arnab tu sampai ke lubang arnab.

Masuk je lubang arnab tu, dia terus jatuh macam mase dia kecik-kecik dulu. cerita dia mase ni dah lebih kurang macam mase dia kecik dulu la. Masuk melalui pintu kecik dan kena minum air untuk mengecik dan makan kuih untuk membesar. Dah dapat masuk, dengar la suara si Tweedledum dan Tweedledee, dodo, arnab putih, tikus kecik, bunga-bunga yang boleh menyanyi tu bergaduh-gaduh kata si Alice ni bukan Alice yang diorang cari. Si arnab putih ni dah salah cari orang. Diorang buat cadangan supaya bawak Alice ni pergi jumpa ulat bulu biru hisap shisha untuk pastikan betul atau tak Alice ni lah Alice yang diorang cari.

Ulat biru hisap shisha tu suruh diorang bukak ada cam list atau petunjuk apa yang Alice tu bakal lakukan. Alice ni dikatakan bakal membunuh Jabberwock si naga ganas milik Ratu Merah. (Alice yang asal panggil ratu hati. Alice yg ni dipanggil Ratu Merah) Alice tak dapat terima takdir dia. Tiba-tiba datang askar Ratu Merah bersama seorang ketua n seekor binatang yang ganas. Alice hampir kena makan dengan binatang tu tetapi berjaya diselamatkan oleh si tikus dengan mencucuk mata binatang tu. Habis semua kawan-kawan Alice ni tertangkap kecuali si Alice dengan Tweedledum dan Tweedledee. Si tikus ntah mana hilang.

Mase tengah pilih arah sama ada ke kiri atau ke kanan, si Twedledum dan Tweedledee ni kena tangkap lak ngan burung Ratu Merah. Tinggal la si Alice ni sesorang. Alice ni terpaksa jalan sorang-sorang mencari jalan dan agak blur mencari arah. Datang si kucing yang boleh tersenyum n cakap something. Masa ni aku tak concentrate sangat. tengah minum air. Kucing ni suruh pergi rumah mamat gila topi sebab mamat ni boleh bantu dia.

Mase Alice sampai kat kawasan si mamat gile topi ni. (Johnny Depp!!!! Kekasih hatiku!! Jeritku di dalam hati.) Mamat ni tengah layan minum teh n suasana tak seseronok macam mase Alice first time datang dulu. Mamat gila topi ni dah tak seceria dulu. Tapi bila nampak Alice, Mamat ni terus boleh bangun n tersenyum n berjalan ke arah Alice. Si tikus dan arnab tua yang gila ada sekali semeja dengan diorang. Tengah minum teh or kopi.

Bla..bla..bla.. Sebenarnye aku dah penat bercerita. Nanti korang tengok la sendiri cerita tu.

Err...aku baru perasan ni bukan sinopsis. Ni aku cerita terus cerita tu. hahaha. Aku sambung dengan ringkasan cerita k.

Mamat gile topi tu selamatkan Alice dari askar Ratu Merah tapi dia pulak yang tertangkap. Alice pergi selamatkan mamat gila topi tu kat istana Ratu Merah. Tapi terkantoi dia tu Alice akhirnya. Sebelum terkantoi Alice berjaya ambil pedang yg akan digunakan utk membunuh naga Ratu Merah dan pulangkan pada Ratu Putih, iaitu adik si Ratu Merah. Selepas kantoi yg Alice tu Alice, mamat gila topi tu ditahan dengan hukuman pancung kepala. Tapi dia selamat dan terus pergi ke istana Ratu Putih. Ratu merah n Ratu putih berperang.

Masa ni la Alice lawan dengan si naga. Aku taknak bagitau sape menang. Korang tengok sendiri k ending dia. ;P

Overall, rating aku bagi movie ni 5 star. Maybe sebab die 3D dan sebab boyfriend aku yg berlakon. Hahaha. Tapi sayangnye cerita ni takde translate bahasa melayu. Cian kat mama. Sampai tertidur-tidur tengok cerita ni sebab tak faham.

Gambar dia tersangat cantik dan clean. Tak macam ada certain movie yang ada kesan calar-calar kt gambar. Aku dapat duduk seat belakang sekali. Tak best. Kalau cerita 3D ni aku galakkan korang dapatkan seat tengah-tengah n depan sikit. Baru layan. Kalau cerita bukan 3D, duk belakang sekali paling best.

Spek mata 3D pihak GSC cinema da sediakan tapi kena pulangkan balik la. Spek mata dia tak sama dengan spek mata yang merah biru tu k. Lagi satu, kalau rosak atau hilang, kena denda sampai RM200 kalau tak silap.

Itu je la komen aku.

Enjoy k!





p/s: cuma aku tak faham, kenapa diorang guna gambar The Madhatters sebagai poster wayang dan bukannya Alice. Cerita ni Alice in Wonderland, bukannya Madhatters in Wonderland. Tak kesah la. Nasib baik itu gambar Boyfriend aku. hahahahaha. (perasan)

No comments: