Hari Khamis, pagi-pagi buta kul 6 lagi aku dah terjaga. Then, tidur balik. Bangun-bangun je dah lapar. Haish! Puasa la.
Jiran katil aku, namanya Suriani. Dia pun operation lebih kurang macam aku. Operate dental cuma dia kena cabut 4 batang gigi bongsu. Dia special kes sebab dia ada asma, complication boleh berlaku. Pagi tu dia dah bangun awal n siap mandi lagi. Aku ni pulak masih lagi nak membuta.
Aku tersedar tengok doktor dah ada sebelah si Suriani ni tengah na inject masuk jarum untuk masuk air. Aku nampak dia kira,"Satu (sambil tunjuk katil Suriani)..Dua (sambil tunjuk katil aku).." Gulp!
Turn Suriani dah lepas. Nampaknya lepas ni turn aku. Minah tu dah siap tunjuk tangan dia yang dah siap bercucuk.
Doktor datang. Dup..Dup..Dup.. Jantung aku berdegup. Serious hensem doktor ni. Doktor Chinese. Tapi jangan kabur dengan pandangan mata. Dia nak cucuk tangan tu. Alamak! Asal cam pedih lain macam pula kali ni. Cis! Besar gile jarumnya. Patut la pedih.
Walaupun pedih tapi aku still excited dengan kemasukan jarum tu. Tak pernah rasa sakit. Nah! Hambek ko! Tak sakit pun. ;P
Doktor tu blah je, aku boleh sengih-sengih dengan jiran aku. Hehe. Tangan aku ada jarum. Ko takde. Bwek!
Anak makcik jiran kiri katil aku ni dah pesan, "Jaga-jaga jarum tu sebab baru lagi masuk. Nanti berdarah." "Ok!" Aku menjawab dengan senyuman yang paling manis.
Rasa nak terkencing pulak. Aku terus pergi toilet. Alamak, tali seluar pulak tak boleh bukak. Terpaksa minta tolong anak makcik jiran aku ni.

Dah settle aku terus balik ke katil. Tengok tangan aku dah keluar darah. *Sigh* Macam mana nak mandi kalau cam ni? Kebetulan datang nurse bawak cadar, sarung bantal, selimut n uniform hospital. "Ada siapa-siapa nak tukar baju tak? Lepas mandi ke?" Aku terlepas cakap,"Err..taknak mandi." Tergelak jiran-jiran aku. Aku boleh tetiba blur. Aiseh. Segan lak aku. Habis kantoi aku taknak mandi pagi. Segera aku angkat kaki blah gi toilet cuci muka n gosok gigi.

Aku keluar toilet tengok nurse dah takde. Lega. Tak pasal-pasal kang dia cucuk aku lagi. Katil aku ni mengadap ke arah meja nurse. So, aku boleh nampak la apa yang diorang buat.

Doktor semalam bagitau turn aku operation selepas satu lagi operation besar. So, aku expect maybe diorang operate si Suriani ni dulu kot. Kemudian baru diorang operate aku. Aku tengok Suriani ni pun tak pergi lagi. Aku dengan happy nya tidur. ZZzzz...
Bangun-bangun je aku terus check katil Suriani. Lega. Dia tak pergi lagi. Lambatnya? Apa ntah yang doktor ni buat. Aku tengok jam dah pukul11. Terdetik dalam hati. Mesti tak jadi ni sebab dah lewat sangat.
Then nurse datang bawak air untuk masuk dalam badan. Supaya aku kuat walaupun tak makan.

Aku terus call mama n babah ajak naik tunggu dengan aku sebab aku dah tahap maksimum punya bosan. Mamat yang hantar makanan tak hantar kat tempat aku sebab dah terang tulis aku puasa. Aish! sedap pulak tengok makcik tu makan.
Pukul 1.30 lebih, nurse datang tanya dah OT belum (dah operate belum). Aku jawab la belum. Masa ni katil aku dah berpindah ke sebelah Suriani, kiranya sekarang ni katil aku dah mengadap ke arah makcik yang tadi jiran kiri aku. Nurse yang sama bagaitau kat Suriani,"Awak punya cancel ye. Awak dah boleh buka puasa." Stop. Aku dah pelik. Boleh ye cancel-cancel?
Aku tengok Suriani dah pergi toilet salin baju dah. Nampak cam bengang pun ada. Aku tau dia ada interview job. Nak pergi untuk yang hari ni pun dia kena ambil cuti. Aku diam.
Nurse datang bagi baju salin untuk operation. Sepersalinan berwarna putih siap ada cap tutup kepala. Ala-ala cam shower cap. Tangan dah masuk air. So nak salin baju tu agak susah. Dah la dengan aku pakai baju dalam, bra n spender. Semua tu kena bukak. Haiyoo. Susahnya. Terkial-kial aku. Nasib baik ada mama untuk tolong.
Dah siap semua aku kena duduk atas katil lagi satu. Katil tolak untuk pergi ke bilik operation. Honestly, masa tu aku tak rasa apa-apa. Mungkin full sangat dengan perasaan sampai aku tak rasa apa-apa perasaan. Aku memang selalu macam ni. Bagus jugak. Takde la aku cuak sampai nak terkencing.
Suriani pulak rupanye dia salin baju semua nak terus balik. Nurse semua kejar dia sebab dia tak boleh balik lagi.
Masa tengah menunggu kat depan kaunter nurse, tiba-tiba doktor call nak cakap ngan mama. Doktor bagitau aku punya cancel. Bagi peluang dekat Suriani dulu sebab dia punya dah banyak kali cancel. Aku ok je. Mama pun tak boleh cakap apa terus cakap ok je.
Nurse tolak katil aku balik ke katil aku. Salin baju apa semua n tunggu tindakan seterusnya.
Nurse dapat tangkap Suriani. Then, Suriani datang balik ke katil salin baju untuk operation. Dia datang jumpa aku mintak maaf sebab aku punya operation pulak kena cancel untuk dia. Aku cakap no hal la. Lagipun macam aku cakap ngan babah n mama la. Aku rasa aku datang hospital ni dah macam pergi holiday. Tak buat apa-apa pun.
Aku just cakap gud luck untuk operation dia. Then, nurse tolak dia turun pergi bilik operation.

Tak sampai 30minit, tiba-tiba nurse dengan si Suriani dah naik balik. Aik? Cepatnya operation? Nurse tu cakap pakai laser. Memang cepat. Pergh! Aku dah terbayang aku nanti mesti cepat camtu punya la. Tiba-tiba nurse tu semua gelak. Aku terdiam. Nurse tu cakap operation Suriani ni pun tak jadi sebab ada operation yang makan masa dari 2 jam ke 3 jam.
Aiseh. Macam tu ka? Takpe la. Maknanya memang betul-betul takde rezeki kitorang la camtu. Dan kitorang datang semata memang untuk pergi holiday je la.
Nurse suruh abah settle bil then aku dah boleh balik da. Haish! Pelik-pelik je la. Sambil tu aku kena tunggu nurse bukak jarum besar kat tangan aku ni. Sakit. Sakit hati pun ye juga sebab nanti aku kena inject lagi. Tidak!!
Next week aku kena datang lagi if ada kosong untuk aku. Kalau taknak operate boleh tak? Haish!
Macam-macam

2 comments:
wow..ta sangke nk wat dental operation lame gile???
yup2..normally mmg government camtu..diorang pentingkan emergency kes..plus, dental operation not really emergency..ryte?
Post a Comment