December 05, 2009

Kisah Haru Biru Aq...

Hari isnin lepas aq gi lepak Pakli dengan cuzzin aq. Agipun aq da lama tak lepak dengan dia, since aq da masuk ke alam kerja ni. Later malam tu, kakak aq tegur aq," Dik, jangan kuar malam selalu." Aq yang entah kenapa ni melenting macam ntah ape ntah. Padahal takde benda pun. Biasa la bile seorang kakak tu tegur. Kemudian aq pun mintak maaf la dengan dia sebab aq cakap bukan-bukan. Stop.

Aq terdiam untuk beberapa minit. Lepas tu aq menangis tanpa henti, tanpa penghujung, tanpa penamat, tanpa had dll. Sampai la aq sesak nafas (since batuk aq tak okay lagi) aq masih lagi tak stop. Sampai hati aq kata,"Aq redha Ya Allah kalau Kau nak cabut nyawa aq malam ni."

Aq terlelap.

Esok pagi aq bangun cam biasa. Alamak! Ubat doktor bagi ari tu dah habis. Camne ni? Tetiba aq jadi seram sebab last time aq gi klinik doktor kate aq kemungkinan TB. Takpe la, pergi je la. Kalau betul camne? Aq tak nak terlambat. Nanti kalau terlambat kalau takde cure camne? Pergi je la.

Doktor : Awak mungkin lelah je ni.
Aq : *Diam* (dah takde mood since malam tu)

Mc pun aq xmintak since aq memang takde mood nak bukak mulut.

Sebelum gi ofis aq balik umah dulu nak salin baju. Sampai je umah aq terus masuk bilik tidur mama n sambung nangis. Later, baru aq sedar aq rindu diorang tapi aq taknak ngaku kat sape2. Biarlah aq tanggung sorang2. Ntah la. Since mama n babah pergi Haji aq rase macam aq kena berdikari. Lagipun kat umah tu hanya ada aq dan makcik aq. Bosan. Aq rase kalau aq mati kat umah tu, berape lama baru orang sedar agaknye ye?

Aq pergi kerja dengan takde mood. Kerja? Dah tak menarik buat aq. Rase nak lari jauh-jauh! Aq terus mintak cuti 3 hari sampai jumaat after mintak pandangan sorang staff ni. Bos tetiba wujud pulak kat ofis hari tu. Urgh!

Bos : Eh kila? Macam da lama tak nampak awak?
Aq : *Sengih* (Takkan rindu kowt? Huh.)

Aq pun tak tau ape aq tengah buat sebenarnye hari tu. Blur.

5.30? Balik? Yeah! Cuti!!!!!
Hurm...

Sampai umah aq terus sambung hobi baru, menangis. Hoh.

Tetiba dapat mesej. Abang? 'Dik, kitorang (dia dan kak yan) ada kat shah alam ni. Nak pape x? Dah makan?' Aq terdiam. Aq dah makan ke belum ha? Owh, belum la sebab aq terus naik bilik. Aq pun reply,'Takpe la, bang. Jap agi adik goreng telur.' Dalam hati aq pun xsure aq nak turun ke tak. Aq betul-betul dah lemah dari segi mental n fizikal. Lepas da bincang2 dengan abang, aq pun decide,'Takpe la, beli je la pape, bang.'

Diorang sampai bersama sup tulang. Tapi perut aq tak rasa pape. Owh, rase loya dari ofis tadi ada la. Aq pun makan. Wah, nasi pun boleh buat aq nangis! Gile emosional aq! Adeh!

Aq rase abang perasan walau camne aq cover pun.

Tak lama lepas tu abang panggil. Aq pun masuk bilik mama. Dia dengan kak yan ada dalam tu sambil pegang hp. Aq nampak dia dail no. Terdetik dalam hati,'Please call mama, please.' Yup, mama on the phone. Aq cuba control air mata aq. Gile tak tertahan. Nak lari sebab segan dengan diorang tapi aq nak dengar suara mama. Lama-lama aq redha. Lantak la diorang nak gelak ke apa. Janji aq ok. Dapat gak aq cakap dengan mama. Bila sampai kat abah, aq dah ok dah.

Damn! Aq macam budak kecik! Tapi betul la apa abang cakap. Aq dah terbiasa dengan kewujudan mama n babah kat umah. Kalau diorang pergi Haji masa aq belajar dulu mungkin aq tak rasa pape.

Malam tu lepas abang balik, aq rase badan aq ringan nak mampus. Kepala pulak cam pening2. Aq terasa di awang-awangan. Aaahhh.. aq muntah. Aq rasa sebab aq terlalu depressed. Urghh! Muntah yang paling aq tak suka pulak tu. Aq define kan muntah pada 2 jenis. Muntah senang n muntah susah. Muntah senang bile rase na muntah n takde tekanan kat perut yang memaksa untuk mengeluarkan semua isi serta lepas muntah tu, badan ok. Muntah susah ni bile perut ditekan2 oleh mungkin angin atau tak tau la sedangkan isi semua da keluar tapi perut tu macam tak puas hati lagi. Sakit woo! Sebab dia akan tekan sampai la semua isi da keluar. Sampai keluar warna hitam. Damn! Ini kali kedua aq macam tu. Itu sebab aq paling benci muntah.

Later aq terpaksa mintak maaf dengan abang sebab aq da la tak berjaya nak habiskan sup yang dia beli, pastu buang pulak tu. Adeh! Sorry bang!

Dan aq tidur malam tu dalam keadaan yang sangat pelik. Aq terasa aq macam overdose ubat batuk yang doktor bagi. Kepala aq berpusing macam nak gile. Masalahnye sampai aq terlelap, masih lagi tak stop. Hope esoknye hilang.

Keesokan harinye, aq bangun dalam keadaan yang sangat ceria seolah-olah satu bebanan hilang. Woosh! Gone!

Aq breakfast dengan kak yan pagi tu dengan ceria sekali.

Sampai sekarang aq masih lagi teringat hari yang sungguh teruk itu. Harap-harap ia takkan berulang. Semenjak hari tu baru aq betul-betul belajar macam mana rasa rindu itu. Sangat menyeksakan. Dan aq akan belajar untuk tidak akan menyesal.

Oh ye. Aq rase, sakit aq 2 bukan sebab sakit. Aq sakit sebab aq depressed. Aq memerlukan perhatian. Tapi orang yang memberikan aq perhatian tu jauh. Jadi aq jadi makin teruk. So, aq kena tunggu diorang balik baru aq betul-betul cek doktor. For now, makan ubat je la. Uurgh!

1 comment:

Ms. Sugar Sugar said...

ko tapyala tarok banner aku kt cni kn.
tape2 :P