September 22, 2009

Balik Kampung..,!!

Raya ke-2 baru aq balik kampung aq kat Bilut, Pahang. Raya sekarang ni aq rasa dah tak seseronok zaman aq kecik2 dulu. Aq pun xde sambut raya kali ni meriah2 sangat. Ala kadar je. Setiap tahun bile na raya mesti aq teringat raya zaman aq kecik2 dulu.
(Sebenarnye xseronok sebab da xdapat duit raya.,) ;P

Raya kali ni aq n family kena tidur kat tingkat atas rumah atuk sebab tingkat bawah umah atuk, tempat port tidur da penuh. Tapi agak seram gak na tidur kat tingkat atas tuh. Dengan bumbung bocor, ada bekas sarang tebuan, dinding terkopak (macam ada mata mengintai), tingkap yang memang lutsinar boleh nampak apa saje yang kitorang buat, kipas yang tak berfungsi, lantai yang berbunyi bile pijak dan berhabuk (tanda mmg da lama xde orang tidur kat atas). Aq n mak aq la kemas kat atas tu lagipun kesian kat wan n atuk yang da tue tu na kemas atas tu pulak. Biar la aq n mak aq yang masih muda remaja n cun ni yang kemas (wah! perasan nyew..,) Tapi yang seronoknye tidur kat atas ni, udara dye sejuk n segar. Bile bangun pagi mmg rasa na tarik selimut balik.

Tibe2 aq teringat kan zaman mase aq kecik2 dulu. Tingkat atas umah atuk ni la yang jadi rebutan semua orang yang na tidur bile setiap kali balik kampung sampai terpaksa bersempit2 n kongsi2 tilam sebab privasi, sejuk n xbising. Bile budak2 xboleyh tidur n memekak, masa tu la yang tua bercerita cerita hantu yang belum pasti akan kesahihannye. Cerita yang paling aq xboleyh lupe adalah cerita jantung pisang berdarah yang kini baru aq tahu yang cerita itu hanya rekaan semata2 supaya budak2 tu dyam n tidur (dikantoikan oleh abang aq sendiri). Bile tingkat atas umah tu xberkemas, berhabuk n xberjaga, semua orang sanggup tidur kat tingkat bawah yang sempit n panas tuh. Mereka lebih sanggup begitu dari membantu mengemas tingkat atas. Mungkin kerana anak2 mereka masih kecil n mereka tiada masa untuk membantu mengemas tingkat atas itu. Xpe la, lupakanlah kisah mereka.

Raya kali ni juga xseseronok sebelumnye. Mungkin kerana family aq balik lewat sikit dari family2 yang lain, jadi kitorang xsempat na join tahlil atok n pergi kubur bersama2 family yang lain. Tapi sepatutnyew, raya ke-2 baru kitorang pergi ke kubur. Ntah la. So, pagi raya ke-2 tu family aq ng family wan kecik belakang umah atuk tu je yang pergi baca tahlil n yasin kat kubur moyang, wan aq n atuk kecik (kubur yang lain2 tu aq xbrape tau).

Lepas tu baru la gi umah pak tam beraya n sempat la family kakak aq n family abg aq sampai utk join beraya n bergambar raya. Yang paling best aq dapat duit raya dari pak tam. Thank you pak tam! ;)

Then, beraya umah maklang embong (not sure how to spell, embong-ebong-ibong) n kat situ sempat la aq tidur (hoih!). Malam tu gi beraya umah maklong lak.

Raya ke-3 kitorang balik. Before ke kubur (lagi sekali) kitorang g beraya umah pakngah. Mase na balik, kitorang decide gi umah wan cu kat mane ntah tapi dekat la ng ikea (yang penting!). Then, trus gi beraya kat ikea. Sempat gak la bagi duit raya kat ikea tuh (shopping!).

Balik umah je trus tengok Lili n Lulu. OMG! Lulu hilang! Serious aq cuak. Memula aq wisau dye gi merayap n makan barang2 kat umah ni sebab aq tengok tisu sebelah sangkar dye da hancur. Tapi aq xnampak la pulak kesan2 lain barang dye makan. Tibe2 lak bapak aq kate yang hamster kadang2 xpandai cari makan. Aq jadi cuak pulak yang dye mati kebulur. Hadoi, Lulu.

(p/s : t aq upload gambar raya aq. Ngah tggu kumpulkan gambar. Tapi klau xde gak, mintak maaf la ye. Saye ni pelupe. ngehehe)

No comments: