August 26, 2016

Hermo delivery

Hari ini dapat delivery dari web Hermo.my. Kalau sesiapa yang tak tahu, web Hermo banyak jual produk kecantikan dengan harga yang lebih murah tetapi kekal original. Kebanyakan produk dari Korea, Taiwan dan Japan. Nak cuba punya pasal, beli juga barang promotion.

Mobile website Hermo
Decide nak beli Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum, dah lama perhati produk ni dan ramai yang komen bagus untuk kulit sebab Vitamin C yang ada dalam tu agak pure. Tapi tak beli sebab harga mahal. Kebetulan promotion, harga asal RM141.90, harga promo RM75.90. Apa lagiiii, Jijah pun terus masuk bakul. Dah alang alang beli, nak juga cari lipstick merah menyala. Kita hangkut sekali It's My Lip Crayon merah-menyala-wah-gitu-kata-kau.
 
 
BOX DAH SAMPAI!
Tarikh order 23 Ogos 2016. Hari hari cek website nak tengok status tapi masih lagi in process. Penantian itu satu penyeksaan. Maka dengan merendah hatinya kita stop cek status. Takut perasaan excited jadi marah pula nanti. Tiba tiba, 26 Ogos barang dah sampai. Yeay!


It's My Lip Crayon RD 01
Kita jarang beli lipstik merah pekat. Segan. Ihihi. Macam nak kena lempang.
 
Keluarkan dari kotak, terus pakai masa tu juga! Serious tak menyesal beli sebab selesa pakai dan tak rasa berminyak. Tak suka lipstik yang kekonon moist tetapi sebenarnya rasa berminyak macam harr
 
Lepas makan lunch, lipstiknya hilang. Tapi bibir tak nampak pucat, masih Nampak pink pink.
 
Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum
Serum ni datang dengan dropper. Tak cuba lagi sebab dekat tepi kotak kata, simpan dalam peti ais selepas buka. Tunggu balik nanti je kita cuba ye. Excited ni nak balik rumah.

Nah selfie dengan lipstik baru.
 
 
 
Terima kasih ye Hermo.my <3

No comments: