rilex suda |
ada sesiapa terasa ke dengan status aku tu?
kelakar weyh bila ada yang terasa. aku cakap benda yang betul. aku tegur secara kasar dan bukan secara spesifik atau ditujukan kepada sesiapa. kepada sesiapa yang terasa tu, bukan kau sorang je yang ada facebook.
jangan cepat melatah oke? sebab aku pun sama je macam korang-korang. aku pun pernah letak gambar bf aku. aku pernah letak gambar besfren lelaki aku siap tukar nama dengan dia lagi. dan aku pernah letak gambar aku dengan bf aku. cuma mungkin sekarang aku dah tak buat sebab aku kedekut bf. taknak kongsi dengan orang. [ye. aku memang tamak haloba!]
dan mungkin juga aku cemburu dengan mereka-mereka yang boleh letak gambar bf atau gf masing-masing tanpa ada pihak yang menegur. aku cemburu yang amat!
aku bukan perempuan yang terlalu baik atau terlalu muslimah. aku boleh dikategorikan antara perempuan moden dimana memiliki pemikiran yang terbuka tapi sebagai muslimah, aku tetap ada batasan. [hanya disedari akhir-akhir ni. ha!]
berkenaan facebook, sebilangan manusia yang aku kenali kurang menggemari facebook. "facebook hancurkan dunia aku".
ye. facebook adalah antara 'fitnah yang amat pantas pergerakannya dan boleh mendahului kelajuan cahaya'. [bergantung pada kelajuan internet masing2 ye]
sebenarnya status ni terjadi kerana aku bosan. dan kebetulan aku tengok dekat news feed ada yang letak gambar perempuan tapi nama lelaki. tolonglah jangan confusekan orang lain!
dan aku amat benci manusia yang letak gambar mengarut sebagai profile, nama ntah apa-apa, info yang mengarut serta takde sekeping pun gambar diri sendiri, dan kemudian mengada-ngada nak berkenalan dengan manusia yang memiliki profile yang sempurna serta gambar yang banyak. macam mana aku nak kenal kau kalau kau tu tak sempurna profilenya. mengarut!
lapangkan dada. islam adalah agama yang mengajak kita untuk berserah diri kepada tuhan. senyum dan segalanya akan jadi sempurna.
sebagai permulaan, mungkin kamu berminat untuk tonton ini http://kikikila.blogspot.com/2010/11/satu-penemuan-yang-mengagumkan.html ;D
senyum dan segalanya akan sempurna..cool~ :)
ReplyDelete