Pages

December 13, 2010

phobia 2 (thai)



aku baru lepas tengok cerita phobia 2 (thai). sekian lama tertangguh sebab tunggu mama ada masa free tuk layan cerita tu dengan aku. takde maknanya aku nak tengok sorang-sorang. boleh mati-kejang-mulut menjerit.


semua cerita hantu thai menyeramkan okek! dulu aku tengok shutter dengan bangkok hunted je, sampai penyek-penyek bantal aku duk pegang-tutup-mata-pegang-tutup-mata-tutup-mulut-menjerit-kuat-kuat. 

ada lima cerita dalam phobia 2 ni. cerita pertama tajuknya novice. budak lelaki, pey, yang dihantar oleh mak dia untuk dijaga oleh sami budha dalam hutan bagi mengelak dia di tahan polis sebab menjadi punca kepada excident. kebetulan masa pey duduk dengan sami tu, hari terakhir perayaan hantu. si pey ni pula dengan selamba makan makanan hantu. malam tu hantu mengamuk dan merosakkan tiang tempat makanan diorang. para sami mengatakan yang hantu tu hendak mencari ganti. rupanya pey ni dipilih bagi menggantikan hantu yang sedia ada.


cerita kedua tajuknya ward. seorang lelaki yang masuk hospital sebab excident. sepatutnya lelaki ni dapat wad private, tetapi dia dimasukkan ke dalam wad kongsi. kongsi dengan seorang lelaki tua yang hampir mati pulak tu. sepanjang malam lelaki tu diganggu dengan semangat roh lelaki tua tersebut. keesokan paginya, lelaki yang asalnya excident tu bertukar personaliti. rupanya roh dia diganti dengan roh lelaki tua tersebut.


cerita ketiga tajuknya backpackers. cerita bermula dengan sepasang kekasih jepun yang mengembara. diorang cuba menumpang kereta yang lalu lalang untuk ke bangkok. kebetulan lori besar lalu dan bagi diorang tumpang tetapi dikenakan bayaran. dalam lori tu ada ayah dan anak. dan oooooemmmmjiii!!!! anak dia sangat hensem!!!!!!!!!! anak dia dilakonkan oleh charlie trairat [masa aku google gambar dia, ada gambar dia masa kecik. fulamak! lebih kurang pulak gambar dia masa kecik dengan gambar bf aku masa kecik dan muka anak buah aku yang sekarang**. tapi aku memang kutuk bf aku muka thailand pun. *sengih*]. on the way ke bangkok tu, sesuatu terjadi. rupanya mereka ni seludup orang dan dadah. dan orang-orang yang mereka seludup tu semua dah mati dan telah bertukar menjadi zombie. kecuali seorang budak kecik. hanya perempuan jepun dan budak kecik tu je yang selamat melarikan diri ke tempat lain. [masa ni aku dah kecewa si hensem tu da mati kena tembak. cis! cis! cis!] rupanya budak kecik tu pun sebenarnya dah bertukar jadi zombie. cuma dia pura-pura normal. dan perempuan jepun tu pun mati.


cerita keempat tajuknya salvage. kisah seorang perempuan, nuch, jual kereta secondhand. dia menipu dengan mengatakan yang kereta yang dia jual tu semua tak pernah excident sedangkan kereta yang dia jual tu semuanya berasal dari kereta yang hancur teruk dan pemiliknya kebanyakan sudah mati. hantu-hantu membalas dendam menggunakan anak dia, toey. 


cerita kelima dan terakhir bertajuk in the end. cerita yang last ni aku suka. kisah satu produksi filem tengah dalam pembikinan filem hantu bahagian yang terakhir. salah seorang dari pelakon dia, kate, batuk teruk. kate ni sepatutnya berlakon sebagai hantu untuk scene yang terakhir. masa tengah shoot, kate pengsan dan dibawakan ke hospital dengan segera oleh aey. di hospital, aey diberitahu oleh doktor yang kate ni dah mati. masa tu kate dah berada di tempat shooting. aey beritahu staff kat produksi yang kate dah mati hanya marsha, pelakon perempuan utama, sahaja yang belum tahu. dalam proses melarikan diri dari kate tu, mereka terserempak dengan aey yang sedang berjalan kaki pulang. aey pula dalam kereta berkata yang dia terlibat dalam kemalangan. semua yang lain dah tergamam kerana menyangkakan yang aey ni sama seperti kate, sudah berubah menjadi hantu. rupanya aey tidak berada dalam van produksi ketika lori langgar van tu dan si kate pula sebenarnya belum mati kerana dia lari dari hospital. doktor yang mengatakan kate mati itu sebenarnya memiliki kembar. doktor itu sebenarnya merawat pesakit yang lain.

kesimpulannya, berpeluh juga ketiak aku tengok cerita ni. penyek-penyek juga la bantal aku. paling best, tengok waktu siang. *ketawa besar* tak thrill langsung. tapi lantak la. yang penting dapat juga aku tengok. 







**nak tengok gambar diorang?
aku takde gambar bf aku masa kecik. tapi gambar bf aku tu, mmg sebiji dengan gambar charlie trairat ni masa kecik.

 dari kiri : anak buah aku, charlie trairat (masa kecik), cahrlie trairat dalam film, bf aku.
see! see! samakan?! klau tak sama, cepat kata sama! *gelak jahat*

No comments:

Post a Comment