"kerana kau isteri
ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
tak semudah yang kita janjikan
yang kita janjikan
kerana kau isteriku"
-permata (untuk isteri ku) oleh kopratasa-
antara lagu yang liriknya sangat memberi makna bagi aku. jangan salah faham. aku belum kahwin oke. mungkin aku ni memang manusia yang suka sesuatu yang lemah lembut, budi bicara atau anything yang lebih kurang. jadi bagi aku, kalau seorang bernama suami itu tegur aku [atau lebih hebat menyanyi] untuk aku, nasihat yang dia berikan lebih mendalam dan mudah untuk diikuti.
dan lagu ni sangat tenang, sangat rilex, sangat chill. tapi dalam masa yang sama, dia beri nasihat. untungnya dapat suami yang pandai bagi nasihat camni.
pemahaman aku [dan mungkin juga bayangan aku yang melampau] tentang lirik lagu ni, si suami dan isteri berjanji sehidup dan semati. jadi apabila mereka mahu melangkah ke alam perkahwinan, si suami mengingatkan isterinya yang hidup ini tak semudah seperti kata janji mereka tu kerana ujian datang bertimpa dan tak diduga. jadi si suami mahu isterinya bersedia untuk segala kemungkinan yang tiba.
No comments:
Post a Comment