Pages

November 23, 2010

saya ada boyfren

boyfren saya nama dia harry potter.

comelkan? *ketawa besar*
yang pasti, kiri tu bukan aku la kan.


khamis lepas aku tengok harry potter. ye. aku memang bersemangat tengok masa hari launching dia. lagipun tak ramai pun kat jj bukit raja ni. [terima kasih kepada uitm kerana memberi cuti pada semua pelajar uitm sebelum hari pelancaran harry potter.] tapi seat yg aku dapat pun da depan. masa masuk wayang, seat semua penuh termasuk yang paling depan.

aku punya la excited. dari tahun lepas aku da bgtau kat mama na tengok harry potter. [sedikit kecewa sebab dia pecah jadi dua bahagian.] apa pun, aku tetap semangat nak tengok.

untuk final ni, aku tak sempat nak baca bukunya. jadi aku memang mengharapkan untuk faham melalui filem dia. sebenarnya baca buku sebelum tengok filem adalah yang paling elok. jadi ada certain part kita faham. sebab sebelum2 ni aku selalu buat macam tu. tapi ada buku aku yang telah dipinjam dan tidak dipulangkan balik. [woi! sape yang pinjam buku harry potter mak aku tu, pulangkan la balik!]

untuk filem ni, part kejar-mengejar telah berjaya membuatkan aku n mama mabuk sedikit. nasib baik bukan 3d. kalau 3d, maunya muntah kat situ jugak. mungkin sebab seat aku depan sangat.

aku tak tau kenapa bila tengok cerita ni, terasa macam ada satu perasaan rindu. aku rindu pada watak-watak dalam filem ni. kesemuanya. yang pasti, kebanyakan remaja dalam usia yang lebih kurang macam aku ni, membesar bersama watak-watak harry potter. dan watak-watak dalam harry potter tu seolah kawan lama aku. bayangkan la, filem ni ditayangkan hampir setiap tahun. terasa seolah berjumpa kawan lama. *ketawa*

sayangnya aku tak dapat tengok filem ni dengan member2 yang sama minat masa sekolah dulu. rindu. semua da bawak diri. aku rindu dengan british talk mereka. rindu dengan magic wand yang dibuat sendiri. rindu dengan aktiviti-aktiviti mengarut itu. [kau da besar kiki. jangan nak buat perangai.]

harry potter last julai tahun depan. untuk yang terakhir itu. aku teringinkan sesuatu..

2 comments:

  1. Yes! Agree with u! Rasa rindu dgn harry potter. Stiap tahun berangan watak harry potter. Dulu siap berangan kawen ngan Ron! hahahaahahahaha no wonder i dh tengok kali kdua.. dan tk mustahil kali ketiga =P hehe

    jom tgk sesama 2nd nnti :D

    ReplyDelete
  2. wah! wah! bila mahu tengok 2nd tu?

    ReplyDelete